Friday 7 December 2012

UKM:PERPUSTAKAAN TUN SERI LANANG(PTSL)


UKM:PERPUSTAKAAN TUN SERI LANANG(PTSL)

PERPUSTAKAAN TUN SERI LANANG atau lebih dikenali dengan nama singkatnya iaitu PTSl.Ptsl merupukan sebuah perpustakaan yang terdapat ditengah-tengah UKM.Perpustakaan ini  dikelililngi 4 fakulti iaitu Fakulti Pendidikan Islam,Fakulti Sains Sosial Kemasyarakatan,Fakulti Sains Dan Teknologi dan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan.




Ptsl ditubuhkan pada tahun 1970an iaitu serentak dengan penubuhan UKM itu sendiri. Perpustakaan ini telah menjadi sebuah perpustakaan terkehadapan yang menjadi penghubung utama antara rangkaian maklumat dengan pelanggan.Selain itu PTSl juga dilengkapi dengan pelbagai  perkhidmatan,prasarana dan teknologi yang terbaru bagi memudahkan pengunjung yang datang kesini.

Perpustakaan ini terdiri daripada enam tingkat.Perpustakaan ini juga merupakan perpustakaan yang TERBESAR di Asia Tenggara.

Tingkat 1 adalah stor.

Tingkat 2 menempatkan bahan-bahan seperti CD,DVD dan surat khabar lama yang disimpan sekian tahun.

Tingkat 3 merupakan tempat yang menyimpan arkib dan jurnl-jurnal daripada kesemua bidang.

Tingkat 4 merupakan pintu utama untuk keluar masuk.Tempat ini mengadungi koleksi tamadun islam dan sejarah.Selain itu ia juga menempatkan bilik wifi untuk para pelajar membuat discussion.

Tingkat 5 merupakan simpanan buku-buku rujukan dan juga dokumen-dokumen  syarikat.

Tingkat 6 merupakan simpanan buku-buku terlarang.





Antara penyampaian yang dapat dikecapi:
1.    Anugerah Kualiti Naib Canselor UKM - 2004.
2.    Anugerah Kualiti YB. Setiausaha Negeri Selangor - 2004
3.    Johan Konvensyen KMK Peringkat Negeri Selangor - 2003
4.    Anugerah Khas Juri (Kategori Perpustakaan Besar), Pertandingan Perpustakaan Cemerlang, Persatuan Pustakawan Malaysia - 2008
5.    Naib Johan Konvensyen KIK Perpustakaan seMalaysia pertama - 2008
6.    Naib Johan Konvensyen KIK Perpustakaan seMalaysia kedua - 2009
7.    Naib Johan Konvensyen KIK Perpustakaan seMalaysia ketiga - 2010
8.    Johan Perarakan Maulidur Rasul UKM 1431H (2010M).
9.    Johan Perarakan Maulidur Rasul UKM 1432H (2011M).
10. Johan Anugerah Inovasi Berkumpulan UKM 2011.
11. Naib Johan Anugerah Inovasi Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia 2011.

No comments:

Post a Comment