Sunday, 16 December 2012

UKM:FAKULTI EKONOMI DAN PENGURUSAN


UKM:FAKULTI EKONOMI DAN PENGURUSAN

Baik hari ini aku nak cerita pasal fakulti yang aku duduki.Tentu ramai yang tertanya fakulti ekonomi dan pengurusan ni ape benda.Kos apa yang ditawarkan?Inilah persoalan yang timbul semasa awal-awal aku dapat surat tawaran untuk sambung belajar di UKM.

Tapi selepas minggu orientasi aku pun mula mengerti berkenaan fakulti yang akan aku duduki.Fakulti Ekonomi dan Pengurusan terletak berhampiran dengan PTSL iaitu perpustakaan UKM dan 3 buah fakulti lain iaitu fakulti sains dan kemanusia,fakulti sains teknologi dan fakulti pendidikan islam.

Fakulti ekonomi dan pengurusan menempat mahasiswa yang akan mengambil major dalam subjek ekonomi,bisnes dan perakaunan.Pada tahun satu anda tidak dibenarkan mengambil major lagi.Pada tahun satu semuanya akan mengambil subjek yang hampir sama.Majoring hanya akan ditawarkan pada tahun 2 mengikut kecenderungan dan keputusan peperikasaan yang bakal diduki.

Mungkin ada yang akan bertanya.Saya nak ambil akaun boleh ka saya nak tukar  kos?jawapan dia boleh tiada masalah bagi pelajar ekonomi dan pengurusan perniagaan untuk mengambil perakaunan pada tahun 2.Cuama pastikan result 3.0 keatas dan subjek seperti statistik kena dapat B sekurang-kurangnya.Selepas itu anda akan ada temuduga.Jika semuanya lulus insya allah anda boleh untuk ambil perakaunan.

Yang bestnya fakulti ni,aku dilatih untuk menjadi seorang mahasiswa yang berkualiti.Banyak program yang dianjurkan seperti Bisnes Plan,Seminar Usahawan dan sebagainya.Banyak akitivi yang akan dijalankan untuk membantu soft skill anda.

Selain itu anda juga berpeluang untuk mengasah bakat kepimpinan anda dengan menyertai kelab pelajar tahun satu,exko ekonomi dan exko pengurusan perniagaan.Jika anda dilihat mempunyai potensi anda akan ditawarkan menjadi PMFEP. iaitu Persatuan Mahasiwa Fakulti Ekonomi Dan Pengurusan.

Dibawah ni korang boleh tengok majoring yang ditawarkan.




3 comments:

  1. sebelum itu akan ada temuduga kan ? boleh share tips dan apakah cth soalan yg ditanya semasa temuduga ?*p/s:nebes

    ReplyDelete
  2. Bila temuduga itu dijalankan and bagi subjk mt minimum require die ape?

    ReplyDelete
  3. Ada ke yang dari kos Ekonomi dapat tukar ke kos Perakaunan?

    ReplyDelete