Wednesday, 19 December 2012

10 Cara menajamkan gergaji anda(2)

Cara #6: Atasi sesuatu yang anda takuti atau fobia atau Tinggalkan sesuatu perilaku yang Buruk.

Dalam kehidupan, ada banyak benda yang anda takut, misalnya menulis posting pertama anda di Blog, jika selama ini anda hanya menjadi pembaca senyap shj (silent reader) atau membuat pengucapan awam; atau anda takutkan gelap, takut hantu, takut kpd reptilia, takut kawin, takutkan perempuan, takut panjat pokok, takutkan air (tak pandai berenang), takut memandu, takut untuk berhijrah, takut menulis dsbnya.

Begitu perilaku yg buruk, misalnya, anda kuat tidur, kuat makan, kuat kutuk orang, panas baran, malas membaca, tak punctual (menepati masa), malas serba serbi, slow buat kerja, mengumpat, tidak amanah, kedekut dan apa jua sifat madzmuumah (sifat tercela)

Maka untuk 1433/2013, tajamkan diri anda dengan mengatasi salah satu benda yang anda takuti atau dan tinggalkan sesuatu perilaku anda yang buruk...

Untuk membantu anda menghilangkan rasa takut atau meninggalkan salah satu sifat buruk anda, maka bacalah buku2 motivasi baik yg Islami atau dari Barat..

Kitab utama ialah Syamail Muhammadiah untuk mengenali Nabi saw kita dengan lebih dekat yakni secara Up, Close and Personal, sifatus-Safwah karya Ibn Jauzi, sebuah kitab yang menceritakan kehidupan kaum salaf dalam membuang sifat buruk mereka dan macam mana mereka mengatasi segala halangan untuk menjadi manusia terbaik di zaman mereka...
kesemua mereka menggunakan teknik menajamkan diri2 mereka, yakni mengatasi ketakutan dan menghapuskan perilaku diri mereka secara bertahap.

Karya arab moden, antaranya " La tahdzan" karya Aidh al-Qarni, Belajarlah dari Alam & Zaman juga al-Qarni, Menggapai cita2 oleh Dr Muhammad al-Muqaddam, Jaddid hayaatak oleh syaikh al-Ghazali (Perbaharui Hidup anda)....

Manakala kitab tempatan ialah Perangai bergantung kepada Diri Sendiri karya Pendita Zaaba, manuskrip yang telah ditemui semula dan dicetak oleh DBP, juga the Malay Dilemma karya Tun Mahathir..

Juga buku Bibliografi atau kehidupan tokoh2 sepanjang zaman, baik Islami atau Non-Muslim. Ia sarat dengan pelajaran bagaimana mereka berjaya mengatasi pelbagai ketakutan atau bagaimana mereka berjaya membuang perilaku yang buruk untuk berjaya melakar sejarah dunia..WA
 



Cara #7: Ujudkan jadual kecergasan yang rutin dan kalau boleh masuklah pertandingan sukan

Dalil anjurannya cukup jelas:
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " الْمُؤْمِنُ الْقَوِيُّ خَيْرٌ وَأَحَبُّ إِلَى اللَّهِ مِنَ الْمُؤْمِنِ الضَّعِيفِ 
terjemah hadith dari jalur Abu Hurayra: si mukmin yg kuat lebih baik dan lebih dicintai Allah dari si mukmin yang dha`if.." [sahih Muslim, no 2667]

Apabila fizikal kita kuat dan sihat, maka mudahlah kita melakukan aktiviti, bekerja, bergerak, beribadah, mampu memikul tugasan yang berat dan mampu bersabar ketika getir..

Kecergasan rutin bermula dgn amalan pemakanan yg baik dan seimbang, kerap memerika tahap kecergasan dan kesihatan (medical check-up), jika umur menjangkau 40 tahun keatas disarankan 2-3 tahun sekali buat check-up.
jadual latihan jasmani yg agak rutin, paling kurang, "brisk walk" atau jalan pantas di taman-taman perumahan anda, beberapa kali dalam seminggu, terutamanya pada pagi cuti hujung minggu.
Maksud pertandingan ialah seperti Larian Kuala Lumpur, The Malay Mail Big Walk, larian amal dan seumpamanya...
 


Penajaman #8: Kenalpasti "blind spots' (bintik buta?): cari jalan untuk mengurangkannya.

Blind spots ketika memandu menyebabkan banyak kemalangan di jalanraya. Maka pengeluar2 kereta berjenama yg tersohor seperti BMW, Merz, Audi dan Toyota menggunakan pelbagai penemuan teknologi terkini untuk menghapuskan blind spots, antaranya reverse sensor dan camera, sonar, night vision, dan advance accident warning system.
Namun bagaimana dgn blind spots dalam kehidupan anda? Ia merujuk kpd sifat2 dan kelemahan2 diri anda yang anda tidak perasan, yang anda tidak sedari, tapi amat menyakitkan hati isteri anda, anak-anak anda, kerabat atau jiran2 anda dan rakan2 anda atau majikan anda. Blind spots tersebut yang membuat anda sukar maju ke depan dan sukar menerima perubahan.

Cth: anda jenis panas baran, tapi anda tidak sedar. Anda jenis suka bercakap kasar dengan isteri anda sendiri, malah ada yg suka memukul mereka. Anda juga tidak pandai menghargai masa orang lain, anda tidak suka ditegur, anda cuma suka dipuji, atau anda jenis dominan dan sentiasa bercakap banyak..adalah contoh blind spots.
Blid spots adalah kelemahan diri anda yang anda tidak perasaan, tapi ia melekat dgn anda spt penyakit kanser.

Maka cara mengurangkan blind spots diri kita ialah:
1. muhasabah diri
2. kursus2 jatidiri dan bina insan
3. konsisten dgn kuliah dan kelas pembelajaran
4. bersikap terbuka dengan isteri, dan sahabat anda
5. sentiasa mengalu-alukan kritikan, komen dan feedback dari orang lain terhadap kita, KHUSUSnya Isteri kita sendiri. isteri adalah cara yang paling berkesan untuk merawat blind spots kita, seterusnya ialah rakan karib kita, seterusnya ialah Boss kita yang membuat penilaian prestasi kita saban tahun.

Rumusan: pertama: sedari bahawa setiap diri anda memiliki blind spots; dan
kedua: cari jalan untuk menghapuskan blind spot anda!
 



Penajaman #9Sentiasa minta Maklumbalas dan dapatkan seorang Mentor atau personal Guru.

Ini adalah kaizen utk diri. Ada dua cara:
pertama: anda meminta maklumbalas dari orang di sekeliling anda mengenai diri anda. Para sahabat termasuk khalifah ssekalipun adalah amat senang dengan feedback atau maklumbalas orang disekelilingnya. Abu Bakar dalam ucapan sulung sempeena perlantikannya sbg Khalifah pertama islam, meminta rakyat memberi nasihat dan feedback kepadanya; Umar bin al-Khattab pernah ditegur oleh perempuan tua dan dia menerimanya dan bersyukur kerana rakyat masih memberi feedback kepada kepimpinannya, apabila kaum salaf menemui satu sama lain, mereka akan berkata, ausiini atau nasihatilah aku.


cara kedua: cari mentor atau personal guru utk memandu perjalanan hidup dan kerjaya anda. Jika anda ingin maju dalam bidang keilmuan, anda perlu mentor agamawan yg mantop dan jika anda ingin maju dalam kerjaya anda termasuk usahawan atau bisnes, juga memerlukan mentor dlm bidang tsb. Mentor adalah orang yang sudah berada di puncak dalam bidangnya dan anda mesti mencari dan mendampingi dia...

Inilah dua metod utk melakukan kaizen terhadap diri anda. Maka jika anda seorang yg tertutup, maka bukalah diri anda kpd kritikan, jika anda belum mempunyai mentor dalam hidup, maka dapatkan mentor anda sekarang.


Penajaman #10: Pelajarilah dari tokoh2 yang menjadi Idola anda

Carilah tokoh yang anda kagumi, baca biografi mereka dan pelajarilah sesuatu untuk menjadi sehebat mereka...semasa saya menuntut di Barat, pelajar2 dikehendaki mencari seorang tokoh yg dikaguminya dan mempelajari sesuatu dari tokoh tersebut..

maka muncullah tokoh2 spt Donald Trump, Bill Gate, Covey, Darwin, Einstein, Jack Welch, dsbnya..

Sekarang dengan adanya khidmat U-tube, kita boleh ikuti interviews atau temuramah pemimpin2 yang hebat...

Di sini, kita terbuka, tokoh2 yang unggul dalam Islam dan juga tokoh2 yg unggul di Barat dan Timur (Japan, China dan Korea)

Bagi kita, sudah tentu, kita kena dekati tokoh2 agung kita, terutamanya Nabi saw dalam syamail, biografi Abu Bakar, Umar, Uthman, Ali, Aisyah, dsbnya...

Mesti ada rahsia, kenapa mereka menjadi manusia yang hebat.
 





_________________

No comments:

Post a Comment