ALAM SEMESTA MULA BERBICARA
ALAM SEMESTA MULA BERBICARA
bismillahirrahmanirrahim
Segala pujian bagi Allah SWT.Pemilik sekalian alam dan selawat serta salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad SAW,ahli keluarganya,sahabat-sahabat r’’anhum dan sesiapa yang mengikuti mereka dengan ikhlas hinggalah ke hari kiamat..
Merasa senang atas kesenangan adalah senang
Merasa susah atas kesusahan adalah senang
Merasa senang atas kesusahan itulah yang sukar.
Merasa susah atas kesusahan adalah senang
Merasa senang atas kesusahan itulah yang sukar.
Begitulah kata-kata seorang tokoh intelektual yang kukagumi yang sering bermain dibenakku ini ..Itulah perkara yang Allah boleh campakkan kedalam hidup setiap insan sehingga kadang kala insan itu tidak boleh buat apa-apa iaitu dukacita.~DR MAZA
Warna kegelapan datang menyapa dalam segala penjuru dalam pelbagai rona.Apakah diri ini mampu untuk menanggung derita ini?
Tak terawali dari sebuah niat
Tak terakhiri dari sebuah harap
Seketika kudapati jasad
Dalam konkongan sahara jiwa
Wahai kaki yang melangkah hendak kemana kamu?
Hujan berterusan mebasahi tubuh..
Cerita kehidupan yang dahulu ku fikir fantasi
Kini telah menjadi realiti...
Apakah ini awal penderitaan?
Apakah ini akhir perjalanan?

Terbenam hilang tanpa arah
Melangkah mencari sebuah misbah[1]
Fatamorga hanya bekal yang tak kunjung nyata
Berharap ia akhir perjalanan tapi ternyata itu bukanlah jalan orang beriman.
Melangkah mencari sebuah misbah[1]
Fatamorga hanya bekal yang tak kunjung nyata
Berharap ia akhir perjalanan tapi ternyata itu bukanlah jalan orang beriman.
Hamba-Mu Rasa Berputus Asa
Siapakah Dapat Bersihkan Diri
Dari Segala Dosa yang Memburu
Setiap Hari Setiap Ketika
Siapakah Dapat Bersihkan Diri
Dari Segala Dosa yang Memburu
Setiap Hari Setiap Ketika
Tanpa ku sedari dalam asyik lamunan keresahan aku telah rebah ketanah lalu airmata mula membasahi wajah..Plakk bahu aku ditepuk(Geng kenapa dengan ag ni ade problem ka?Nak kata ag putus cinta sejak dari kecik lagi aku kawan dengan ag tak pernah pun ag pikir pasal cinta ni..hmm heran aq sat ag okey sat ag tak okey?)aku tersentak disapa oleh sahabatku..soalan yang datang bertubi-tubi bagai tembakan peluru,aku tidak mampu menjawabnya hanya dengan senyuman yang dapat ku hiasi di wajah ini.
Aku mula bermonolog dengan jiwaku......
Wahai Jiwa mengapakah kesedihan remaja itu hanya sebatas cinta?Kenapakah cinta yang difahami remaja sekarang begitu sempit sebatas jantina?Apakah cinta mereka itu hanya sekadar fatarmogana yang berpaksi kepada fisikal semata?Apakah mereka benar-benar mengerti cinta sejati?Wahai jiwa aku tidak mengerti apa itu cinta?
Aku lihat, sungguh dunia sekelilingku telah mencermarkannya, dengan penuh noda-noda kekotoran melalui nyanyian para penyanyi,melalui gambaran murahan yang ditayangkan dikaca tv,melalui lagu-lagu erotisme oleh para pelakunya sebagai bentuk ekspresi perasaan...Wahai jiwa apakah engkau mengerti apa itu cinta?
Arghh.. aku kebingungan memikirkannya,mungkin kata cinta itu merupakan kata yang terdengar di telinga dan terasa di hati tetapi tidak mudah difahami oleh orang?Apakah cinta itu memiliki makna yang dalam,indah dan agung sehingga tiada kata-kata yang mampu melukiskan keindahan dan keagungannya.Hakikat cinta tidak dapat ditemukan,selain dengan segenap kesungguhan pengamatan dan penjiwaan sebagaimana yang dikata oleh ibn hazm?
Cinta mengapa engkau begitu sulit hendak difahami..sungguhku tahu engkau begitu tinggi nilainya tidaklah layak engkau dikotori..Cinta engkau sebuah kata yang sentiasa diperjuangkan oleh para nabi dan rasul agar tertanam subur dalam jiwa umat manusia.Bila sudah bersentuhan dengannya,perasaan orang-orang beriman pun akan bergetar dibuatnya.Lisan-lisan ahli ibadah pun tidak akan bosan untuk selalu menyebutnya..
Tetapi aku masih belum memahami wahai jiwa..arghh mengapa aku memikirkan hal ini?aku sudah kehilang separuh dari hatiku..Aku mesti mecarinya kembali agar aku bisa menghirup ketenangan kembali..Di mana aku ingin mencarimu wahai hati..sesungguhnya hati ini telah kontang dan ia perlukan percikan kebahagiaan..aku mesti melakukan kembara untuk mencarinya..
“Ya Allah,periharalah hambaMu ini dalam mengecapi kemanisan hidayah”
“Ya Allah,periharalah hambaMu ini dalam mengecapi kemanisan hidayah”
Mengapalah lima huruf ini sering membingungkan diri ini?Alangkah indahnya lima huruf ini hanya sebatas angka ataupun hanya sebatas puzzle..Mengapa begitu sulit untuk aku merungkainya?Mengapa begitu dalam rahsianya?
Surah Faatir. Ayat 038.
Sesungguhnya Allah mengetahui segala rahsia di langit dan di bumi; sesungguhnya Dia mengetahui akan segala (isi hati) yang terkandung di dalam dada.
Lima huruf ini,tak pernah lepas dari kehidupan seharian insan,bahkan tiada sehelah nafas pun terlewat tanpa “lima huruf ini”,masih melekat erat pada tiap-tiap jiwa.Lima huruf inilah telah melahirkan beragam erti,beribu makna,berjuta misteri dan penafsiran yang tiada hingga,sebanyak nyawa yang pernah menyandangnya,sepanjang zaman yang telah dilewatinya.Lima huruf, adalah kumpulan kisah indah.Limah huruf adalah lanjutan kisah derita dan susah terkadang menyembabkan tumpahan darah.Lima huruf adalah titian perjalanan yang sungguh tak mudah.Lima huruf,yang pada hakikatnya hanyalah untuk ibadah..Lima huruf itu adalah HIDUP…
Hidup memang benar-benar penuh hal tak terduga,
Kadang-kadang begitu sulit untuk dipercaya,
Yang tak jarang memaksa kita untuk menerima realita,
Bahawa itu memang benar terjadi adanya..
Kadang-kadang begitu sulit untuk dipercaya,
Yang tak jarang memaksa kita untuk menerima realita,
Bahawa itu memang benar terjadi adanya..
Alangkah begitu besarnya peranan lima huruf ini..Tetapi aku cuba merenungi disekitarku,hidup di zaman ini bukanlah sesuatu yang mudah.Manusia mula sudah kehilangan jiwa mereka,mereka kehilangan arah tuju yang sepatutnya mereka tempuhi.Mereka sudah tidak ketahui bagaimana untuk sampai kepada kebenaran yang hakiki sesuai dengan keinginan Allah dan Rasul-Nya.Sungguh kerana begitu tebalnya kabut kebathilan,ia telah menghalangi cahaya kebenaran.
Wahai jiwa, apakah engkau sedang berada di zaman yang serba terbalik ini? Dimana sang pengkhianat diangkat menjadi Hero.Yang bercakap jujur dan benar dianggap sebagai pendusta.Orang-orang yang tidak amanah mula ditabalkan dengan pelbagai mahkota.Sementara orang yang amanah ditinggalkan dilembah desa.
Hidup di zaman ini sudah tidak merasa ketenteramannya penuh dengan mehna.Keraguan dan kekacauan mula menghiasai dunia.Para –para orang besar sibuk melakukan pelabagai makar, sudah tidak dipedulikan lagi darah,air mata dan keringat rakyat yang penting poketnya dipenuhi dengan harta.Begitulah telah kaya para pendusta..
Inilah zaman dimana manusia sudah tidak memandangkan kekayaan jiwa
bagi mereka hidup dengan kekayaan material sebagai tujuan utama
Inilah zaman dimana para pejuang kebenaran dicemuh dan dihina
Yang pandai menghadirkan perasaan dengan cerita ditabalkan dengan pelabagai singgahsana.
Inilah zaman manusia sudah tidak bertuhankan Rabb Alam Semesta
Mereka mula bertuhankan harta dan wang,Apakah mereka lupa sesungguhnya ALLAH ITU MAHA KAYA!!
Inilah zaman dimana segelintir golongan agamawan sudah tidak jujur dengan agama
Mereka menghalunasi manusia dengan menggunakan agama demi kepentingan peribadi mereka,
Inilah zaman sebahagian manusia mula menampakkan kesolehan dengan pakaian agama
Pada hakikatnya merekalah golongan yang sering menghamburkan para manusia dengan berita dusta
Inilah zaman manusia hanya sibuk dengan kepentingan dirinya sahaja,
Mereka sudah melupai manusia yang hidup didalam lembah kehidupan dengan penuh derita
Inilah zaman orang baik yang membela rakyat Palestin yang dibunuh saban hari dituduh sebagai teroris,
Sementara yang membunuh dianggap sebagai penegak keadilan.
Inilah zaman nafsi-nafsi siapa lu siapa gua..
Mereka sudah tidak mengendahkan orang yang hidup disekitar mereka..
Inilah zaman dimana wanita kebanyakan bersifat lebih mempamerkan dirinya.
Inilah zaman dimana tambah terbenam matahari,tambah kecohlah di jalan raya dan di kedai kopi,
Inilah zaman hati orang tidak merasa tenteram lagi di rumahnya.
Inilah zaman dimana orang-orang menari tersenyum-senyum utk menyembunyikan jiwa yang meratap,
Inilah zaman manusia mula melepaskan dirinya daripada ikatan dan belenggu kepercayaan dan agama,
YA Allah ZAMAN INI manusia sudah meninggalkan AL-QURAN dan AS-SUNNAH..mereka meninggalkan ISLAM....apakah mereka sudah lupa dengan kata Seorang khalifah yang cukup wara’ UMAR r.a

Kita adalah umat yang telah Allah Subhaanahu Wa Ta'ala berikan kemuliaan dengan Islam, maka bagaimanapun cara kita mencari kemuliaan tanpa Islam maka Allah akan tetap menjadikannya sebagai kehinaan.”
Begitulah hidup dizaman ini ia penuh dengan kegelisahan,ketakutan dan tekanan jiwa.Sungguh hidup dizaman ini ibarat sebuah sampan yang berada ditengah lautan.Badai yang datang bertiup kencang,dayung ada hanya dapat menggantungkan harapan.Dipukul ombak secara bertubi-tubi.Jika mampu menahan ombak yang pertama,ombak berikutnya datang untuk membinasakannya...
No comments:
Post a Comment