MUTIARA CERAMAH
PENCERAMAH:USTAZ
SALMAN ALI
TAJUK:FAEDAH
MEMPELAJARI SIRAH
1)Ilmu
sirah adalah satu ilmu yang tidak boleh dipisahkan dengan hadis.
2)Pada
zaman awal islam,penulisan sirah mengikut kaedah penulisan hadis.Sepertimana
dengan Thabari-kumpulkan sirah dengan sanad.
3)Cuma
bezanya dalam hadis setiap perkataan nabi saw mempunyai kesan yang besar.Jika
kita salah meriwayatkan hadis maka kita akan salah dalam hukum hakam agama.Maka
ini akan menjerumuskan terciptanya benda baru dalam agama.
Ancaman
rasulullah:
Dari
Abu Hurairah radhiallahu anhu dia berkata: Rasulullah
shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
”Man kadzaba a’laiya
muta’ammidan palyatabawwa maq’adahu minannaar”
“Barangsiapa yang berdusta atas namaku
dengan sengaja maka hendaklah dia mempersiapkan tempat duduknya di neraka.” (HR. Al-Bukhari no.
107 dan Muslim no. 3)
4)Berbeza
dengan sirah para ulama melonggarkan syarat dalam mengkaji kekuatan sanad
kerana tujuan sirah adalah hendak memahami cerita.Pada zaman terkemudian
sebahagian para ulama hazafkan(menghilangkan) sanad agar menjadi mudah untuk
membacanya.
Faedah Pertama mempelajari sirah:Untuk mendapatkan ketenangan
-Sebagaimana
kita baca sirah.Dimana ketika nabi berada di mekah siti khadijah meninggal
dunia dan nabi juga diberi tekanan dimana bani hasyim pulaukan nabi.Kemudian
orang yang menjaga abu talib meninggal dunia.Maka pada ketika itu allah
menurunkan surah yusuf untuk menceritakan bahawa tekanan yang dihadapi sudah
dilalui oleh nabi yang terdahulu.Sebagaiman allah menyebutkan dalam surah yusuf ayat 3:
Kami
menceritakan kepadamu kisah yang paling baik dengan mewahyukan Al Quran ini
kepadamu, dan sesungguhnya kamu sebelum (Kami mewahyukan) nya adalah termasuk
orang-orang yang belum mengetahui.
Allah
menceritakan bagaimana sejarah nabi yusuf pada awal surah;
Didalam
kisah Nabi Yusuf a.s ini, Allah s.w.t. menonjolkan akibat yang baik daripada
kesabaran, dan bahwa kesenangan itu datangnya sesudah penderitaan. Allah
menguji Nabi Ya'qub a.s. dengan kehilangan puteranya Yusuf a.s. dan
penglihatannya, dan menguji ketabahan dan kesabaran Yusuf a.s. dengan
dipisahkan dari ibu bapanya, dibuang ke dalam sumur, dan diperdagangkan sebagai
budak. Kemudian Allah s.w.t menguji imannya dengan godaan wanita cantik lagi
bangsawan dan akhirnya dimasukkan kedalam penjara. Kemudian Allah s.w.t.
melepaskan Yusuf a.s. dan ayahnya dari segala penderitaan dan cobaan itu;
menghimpunkan mereka kembali; mangembalikan penglihatan Ya'qub a.s. dan
menghidupkan lagi cinta kasih antara mereka dengan Yusuf a.s
(intisari tafsir
al-quran)
Kemudian
allah menutupi surah yusuf dengan kejayaan nabi yusuf dan allah menceritakan
doa yusuf ketika berjaya:
Doa Yusuf a.s.
Ya Tuhanku, sesungguhnya Engkau telah
menganugerahkan kepadaku sebahagian kerajaan dan telah mengajarkan kepadaku
sebahagian ta'bir mimpi. (Ya Tuhan) Pencipta langit dan bumi. Engkaulah
Pelindungku di dunia dan di akhirat, wafatkanlah aku dalam keadaan Islam dan
gabungkanlah aku dengan orang-orang yang saleh.(yusuf:101)
Kepentingan surah yusuf-Apabila nabi membaca surah
yusuf ia memberi kekuatan kepada nabi.Ayat ini menceritakan jika ketika kamu
merasa lemah kini maka nabi terdahulu juga menempuhi hal yang sama.
-Ketika dakwah nabi mendapat tentangan,dakwah nabi
didustakan kemudian allah menurunkan surah
al-an’aam ayat 34:
Dan sesungguhnya telah
didustakan (pula) rasul-rasul sebelum kamu, akan tetapi mereka sabar terhadap
pendustaan dan penganiayaan (yang dilakukan) terhadap mereka, sampai datang
pertolongan Allah kepada mereka. Tak ada seorangpun yang dapat merobah
kalimat-kalimat (janji-janji) Allah. Dan sesungguhnya telah datang kepadamu
sebahagian dari berita rasul-rasul itu.
Hal ini merupakan hiburan bagi nabi dan dorongan
untuk bersabar atas tindakan kaumnya yang mendustakannya,dan Allah
memerintahkan beliau untuk bersabar,sebagaimana sabar-sabarnya Uulul ‘Azmi dari
kalangan para rasul.Allah pun menjanjikan pertolongan dan keberuntungan baginya
sebagaimana para Uulul ‘Azmi itu telah diberi pertolongan sehingga mereka
memperoleh kesudahan yang baik.(tafsir
ibnu katsir-pis)
-Jadi
tunjuan kita belajar sirah adalah sama sebagaimana nabi belajar tarikh ialah
untuk mencari ketenangan.
-Sebagaimana
berlaku kepada para pendakwah,dakwah kita (para pendakwah) dibantah disebabkan
satu bercakap suatu benda yang tidak
dapat diterima oleh orang,penjelasan kita ditolak,kemudian kadang-kadang kita
menceritakan benda yang lain tetapi orang memanupulasikan percakapan kita
dengan membuat cerita lain sebagaiman a yang berlaku kepada pejuang sunnah.
-Maka
dengan sebab itu penting nya sirah.Sirah mengajar kita bahawa kita bukan orang
yang pertama menerima dakwaan seperti itu.Jika hari ni kita dilabel dengan macam-macam tetapi apabila kita membaca sirah
kita akan mengetahui bukan kita orang pertama yang dilabel.
-Dengan
belajar sirah kita akan berasa bahawa bukan kita yang seorang –orang duduk
disini tetapi masih ada orang lain yang bersama kita,diuji dengan ujian yang
sama.
Faedah Kedua:sirah
mengajarkan kita taddaruj iaitu peringkat berdakwah.
-Bagaimana
cara nabi berdakwah?Bagaimana nabi memulakan dakwah?Apa benda yang perlu
didahulukan dan dikemudiankan?Dimana kita perlu berlembut dan di mana kita
perlu berkasar?apa benda perlu kita bertegas?
Cth:
Berkatalah orang-orang
yang kafir: "Mengapa Al Quran itu tidak diturunkan kepadanya sekali turun
saja?"; demikianlah[1066] supaya Kami perkuat hatimu
dengannya dan Kami membacanya secara tartil (teratur dan benar).(
Al Furqaan:32)
[1066]. Maksudnya: Al
Quran itu tidak diturunkan sekaligus, tetapi diturunkan secara berangsur-angsur
agar dengan cara demikian hati nabi Muhammad s.a.w menjadi kuat dan tetap.
-Begitulah
dalam dakwah kita harus teguhkan hati mereka dahulu.Justeru sirah mengajar kita bagaimana ingin memulakan dakwah.
Faedah Ketiga:Sirah menceritakan
ancaman yang berulang-berulang.
-Ancaman
yang datang pada nabi-nabi terdahulu berlaku kepada rasulullah dan ancaman yang
berlaku kepada rasulullah berlaku juga kepada kita,cuma bentuknya berbeza
tetapi caranya sama.
Cth:
-Bila
ada kekuatan tetapi musuh memberi ancaman apa yang perlu kita lakukan?Maka kita
harus meneliti sirah nabi di madinah.
Oleh
sebab itu sirah membuka minda kita.Sirah
mengajar kita melihat situasi dimana kita berada apa perlu kita lakukan sebagai
contoh jika kita dalam negara islam
kemudian bila para musuh cuba mencabar islam maka kita harus kembali kepada
sirah nabi di madinah.Oleh itu kita harus meletakkan ia pada tempat yang sesuai
kerana pada masa itu islam merupakan
agama yang kuat jadi jika kita merujuk
sirah di mekah maka ia menjadi kesalahan kerana tidak tepat.
Faedah keempat:Sirah mengajar
jika memberi gambaran yang tepat
terhadap islam
-Jika
kita hendak berdakwah maka kita harus balik kepada sirah dengan melihat
gambaran islam yang hendak dibawa dengan
melihat gambaran yang nabi beritahu kepada orang.
-Dengan
mempelajari sirah kita dapat kenal gambaran yang perlu kita beri tentang islam.
"Ya
Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan kami (sasaran) fitnah bagi orang-orang
kafir. Dan ampunilah kami ya Tuhan kami. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha
Perkasa lagi Maha Bijaksana”(Al
Mumtahanah:5)
Oleh itu kita hendaklah memberi
gambaran yang sebenar terhadap islam agar jangan disebabkan kita ia menjadi
satu fitnah.
Faedah
Kelima:Sirah mengajar kita hukum aqidah,fiqah dan juga akhlak.
-kita dapat melihat jenis
khurafat apa yang harus dicantas dahulu dan caranya.
Cth
dalam fiqh:
Iaitu
sabda Rasulullah SAW “Janganlah salah seorang
kalian mengejarkan solat asar hingga
tiba dib ani quraizah”(HR.Bukhari (7/313)
Dalam
hal ini kita dapat mengambil ikhtibar bahawa kita boleh melewatkan solat jika
dalam keadaan perang(sila buka kitab zaadul maad jilid dalam bab bani quraizah
melanggar perjanjian.)
Faedah Keenam:Sirah mengajarkan
kita bagaimana hendak memindahkan satu budaya kesatu budaya yang lain.
-Sirah
lah yang merupakan satu budaya yang harus diberi dan dijadikan contoh pada
generasi yang akan datang.
-Budayalah
yang menyebabkan suatu masyarakat menjadi kuat.
Faedah fadhilatul ustaz:Bagaimana membuat
menguatkan bangsa?
1)Membuat
sebuah filem yang menceritakan para sahabat untuk ditonton oleh anak-anak .
Kesilapan
hari ini ialah kita menceritakan kisah dogeng
yang tidak membawa manfaat seperti “sang kancil dengan buaya”dan
dll..Seharusnya kita menceritakan kepada anak2 kisah para sahabah dan sejarah
islam.
-Oleh
itu kita harus bijak dalam mengambil sejarah..
Faedah Ketujuh:Sirah mengajar
kita membentuk masyarakat yang ideal.
Kemuncak
kegemilangan islam adalah zaman Rasulullah SAW.
BIla
belajar sirah kita akan sematkan dalama jiwa kita, yang kita hendak kejar
adalah apa yang dibuat oleh Rasulullah SAW.Inilah merupakan cita-cita kita yang
paling utama.
Sirah
membuka minda kita,masyarakat jenis apa yang kita hendak bentuk..sosial yang
bagaimana hendak dibentuk,ekonomi bagaimana hendak dibentuk.Oleh itu harus
melihat bagaimana masyarakat yang pada zaman Rasulullah SAW.
Kitab
yang digunakan : (Raheeq Makhtum)
Syaikh Syafiyurrahman al-Mubarakfuri
No comments:
Post a Comment