UKM adalah nama tidak asing lagi dimata insan yang bergelar mahasiswa.Kehidupan bergelar mahasiswa bukan sesuatu yang mudah.Kekuatan dalam jiwa harus hadir dahulu sebelum kekuatan luaran.Aku datang ke sini penuh dengan harapan dan cita-cita yang ingin aku tunaikan.
Pada awalnya,kesedihan sentiasa menghantui aku,kenangan-kenangan silam sentiasa hadir dalam kalbu.Aku disini hanya seorang diri,tetapi kawan-kawan aku semua ditempatkan di universiti yang sama.Tetapi aku cuba untuk tabah pengalaman dahulu telah menjadi universit bagiku.Itulah universiti kehidupan yang banyak mengubah persepsi hidupku.
Pada aku usia remaja,aku telah biasa untuk hidup berdikari,aku tidak pernah memilih kawan.Aku kawan dengan semua jenis manusia dari yang baik hingga ke yang jahat.Aku telah biasa hidup bersama mereka yang dilabel sebagai mat rempit,taik gam,dan sebgainya.Bagiku mereka juga insan tidak bebas daripada dosa.Memang maksiat yang dilakukan kita benci tapi dalam menghakimi insan itu bukan tugas.Neraka dan Syurga adalah kepunyaan ALLAH SWT.Percaturuan hidup boleh saja berubah bisa sahaja diakhir kehidupan ia menjadi seorang yang baik.
Kemudian aku mempelajari agama di merata tempat sejak aku tingkatan 5 aku telah biasa untuk pergi ke perlis,KL dan sebagainya.Dan kini alhamdulillah aku ditempatkan di UKM.UKM merupakan universiti yang indah,kaya dengan flora dan fauna.Suasana yang nyaman menghadirkan jiwa yang merindui alam semulajadi.UKM juga memiliki pensyarah-pensyarah yang berkuali.Jika tidak percaya lihatlah di tesis-tesis kajian mereka,anda akan melihat bagaimana kedalaman ilmu mereka.
Di UKM inilah aku belajar erti kebaikan.Kebanyakkan insan-insan disini semuanya baik-baik belaka.Senior sentiasa menolong junior.Tidak pernah mereka menjergah aku dan kawan-kawanku.Mereka sentiasa memberi tunjuk ajar kepadaku.
Begitulah juga dengan susanannya.Insan yang baik akan lahir jika suasana persekitarannya baik atau biah soleh.Suasana disini sentiasa melentakkan agama sebagai pondasi bagi setiap perkara.Disinilah aku mula hadirkan kembali untuk mendengar majlis-majilis ilmu.Majlis ilmu disini bagai cendawan yang tumbuh selepas hujan.Setiap minggu sahaja aku berpeluang untuk ke majlis ilmu.Perasaan kerinduan aku terhadap majlis ilmu sudah dapat dilepaskan kerinduannya.
Berbicara tentang sistem pendidikan UKM.Sistem pendidikan di ukm sesuatu yang agak unik dengan universiti lain.Memanglah aku tidak bersetuju dengan sistem pendidikan ini secara keseluruhan tetapi bukanlah salah universiti ini mungkin kehendak yang ditetapkan kerajaan.UKM akan sentiasa membuka ruang kepada anda untuk melakukan apa yang anda minat.Apabila insan itu melakukan apa yang diminatinya maka kejadian luar biasa akan berlaku.
Pelbagai sukan dan kelab ditawarkan kepada anda.Jika anda minat menjadi usahawan maka Universiti ini adalah platform terbaik unutk anda.UKM menyediakan pelbagai ruang kepada anda untuk anda kembangkan potensi dalam diri anda.
Kawan-Kawan adalah insan yang paling banyak membantu aku dalam segenap aspek.Aku sentiasa ada masalah transport maka merekalah yang akan sentiasa tolong.Siyes aku cakap kawan-kawan disini memang baik.Aku pernah belajar di universiti lain dan aku tahu suasana dia bagaimana.Kehidupan disini akan menjadikan anda insan yang cemerlang dari segernap aspek.Maka pilihlah UKM sebagai pilihan anda.
No comments:
Post a Comment