Selalunya manusia apabila sudah mempercayai dan menyukai orang itu,semua kata-kata akan dibenarkan olehnya sehingga seolah tidak tampak lagi cacat dan celanya.
Berdusta adalah sesuatu perkara yang dipandang hina dalam semua agama kecuali bagi kondisi tertentu.Sehingga semuanya tahu ia sesuatu perkara yang tidak bertamadun.Biarlah apapun terjadi kta hendaklah selalu memperbaiki diri ini dengan berkata benar,
Berkata benarlah walaupun sukar,
Kerna
Pada yang benar itu adanya sinar,
Yang benar tidak boleh diganti tukar,
Sekalipun cuba disangkar oleh yang makar,
Kerna yang benar itu benar,sekalipun ada yang bersikap hambar.
Menurut kajian pakar-pakar psikologi ada beberapa perbuatan yang secara konsisten yang kita lakukan semasa kita berdusta,
1.Anak mata terbuka lebih besar daripada orang yang tidak berdusta.
2.Menggerakan bahu lebih banyak.Kalau orang melayu,mereka lebih banyak menggelengkan kepala.
3.Membuat lebih banyak kesilapan penuturan dan lebih banyak tertahan.
4.Nada suara mereka lebih tinggi daripada nada biasa mereka.
5.Mereka lebih pandai mengawal gerak-geri pada wajah.
Jadi apabila kita sangsi kepada kejujuran seseorang,kita beri perhatian yang lebih kepada badan dan suaranya.
Kajian juga menunjukkan apabila kita memang sudah bersedia untuk berdusta,kita akan menjawab apa-apa soalan dengan lebih cepat dibandingkan apabila kita berkata benar.
Antara kajian yang dilakukan,Orang melayu apabila berbdusta sering menunjukkan ciri-ciri berikut:
1.Sekiranya dia bercadang menipu kita,pertama dia akan banyak bercakap mengenai dirinya tanpa kita tanya,
2.Cerita yang disampaikan oleh pendusta adalah cerita-cerita kejayaan sahaja.
3.Pendusta profesisonal dari awal-awal berusaha supaya kita percaya dia seorang yang boleh dipercayai dan menjual nama-nama orang besar.
Insyaallah jika ada kesempatalan lagi saya akan sambung lagi penulisan.
No comments:
Post a Comment