Wednesday, 19 December 2012

UKM:LAWATAN INDUSTRI

Pada hari Sabtu yang lepas iaitu pada 15 Disember 2012,kelab usahawan telah mengadakan lawatan ke
Annur Mee Sayur dan ESIR Frozen Food.Pada asalnya aku memang agak keberatan untuk pergi ke lawatan industri disebabkan pada keeseokkan hari aku ada satu lagi program iaitu runnig man.Tetapi disebabkan aku menjadi ajk perkhidmatan bas maka harus ku tunaikan tanggungjawab yang diberikan.

Menjadi ajk bukan suatu yang mudah bagi aku,kerana yang pergi ke lawatan ini hampir keseluruhan pelajar tahun 2 dan 3.Pada hari khamis sebelum pergi aku sibuk dengan uruskan borang pengesahan bas.Jadi terpaksalah aku berulang alik di fakulti dari tingkat atas dan bawah.Pada awalnya memang banyak masalah yang muncul kerana pada asalnya rancang untuk naik 2 bas iaitu sebanyak 80 peserta.Tetapi takdir tidak menyebelahi hanya dapat cari sebanyak 38 peserta sahaja.

Pada keesokan harinya iaitu Jumaat,aku ditugaskan untuk pergi ke pejabat tingkat 5 untuk memastikan berapa buah bas yang diperlukan?dan no telefon bas.Tepat jam 3.05 minit aku pun masuk ke pejabat,habis kena berleter dalam 8 minit,tapi alhamdulillah motif dapat dilaksana.


Hari Lawatan:

Pada awal pagi hari sabtu aku dikhendaki bergegas ke fakulti untuk memastikan bas semua diuruskan degan baik kerana bas akan bertolak pada jam 9.00 pagi dan pendaftaran pada pukul 8.30 pagi.Tiba sahaja di fakulti ekonomi aku terus membuat panggilan telefon untuk pastikan bas datang tepat pukul 9.Awal memang menguji kesabaran,aku telefon orang ini,dia passing dengan orang lain,telefon orang kedua dia passing orang ketiga.Haish..

Walaubagaimanapun permainan ini dapat ditamatkan pada orang ketiga.Walaupun aku tiba awal pukul 8 tetapi peserta lain masih tidak menampakkan bayang.Jadi program ini terpaksa tangguh jadual bertolak iaitu pada jam 10 pagi.Tapi nasib baiklah pemandu bas sporting.:)

Selepas 1 jam 30 minit dalam pukul 11.00 kami 38 peserta tiba di Annur Mee Sayur.Kami dijemput oleh pemiliknya sendiri.Beliau merupakan usahawan yang cukup produktif.Tidak henti-henti mengajar kami tentang selok belok perniagaan.Kami diajar bagaimana cara proses mee dari A sampai Z.Video di bawah adalah sedutan bagaimana proses mee dijalankan



(bersambung..)


10 Cara menajamkan gergaji anda(2)

Cara #6: Atasi sesuatu yang anda takuti atau fobia atau Tinggalkan sesuatu perilaku yang Buruk.

Dalam kehidupan, ada banyak benda yang anda takut, misalnya menulis posting pertama anda di Blog, jika selama ini anda hanya menjadi pembaca senyap shj (silent reader) atau membuat pengucapan awam; atau anda takutkan gelap, takut hantu, takut kpd reptilia, takut kawin, takutkan perempuan, takut panjat pokok, takutkan air (tak pandai berenang), takut memandu, takut untuk berhijrah, takut menulis dsbnya.

Begitu perilaku yg buruk, misalnya, anda kuat tidur, kuat makan, kuat kutuk orang, panas baran, malas membaca, tak punctual (menepati masa), malas serba serbi, slow buat kerja, mengumpat, tidak amanah, kedekut dan apa jua sifat madzmuumah (sifat tercela)

Maka untuk 1433/2013, tajamkan diri anda dengan mengatasi salah satu benda yang anda takuti atau dan tinggalkan sesuatu perilaku anda yang buruk...

Untuk membantu anda menghilangkan rasa takut atau meninggalkan salah satu sifat buruk anda, maka bacalah buku2 motivasi baik yg Islami atau dari Barat..

Kitab utama ialah Syamail Muhammadiah untuk mengenali Nabi saw kita dengan lebih dekat yakni secara Up, Close and Personal, sifatus-Safwah karya Ibn Jauzi, sebuah kitab yang menceritakan kehidupan kaum salaf dalam membuang sifat buruk mereka dan macam mana mereka mengatasi segala halangan untuk menjadi manusia terbaik di zaman mereka...
kesemua mereka menggunakan teknik menajamkan diri2 mereka, yakni mengatasi ketakutan dan menghapuskan perilaku diri mereka secara bertahap.

Karya arab moden, antaranya " La tahdzan" karya Aidh al-Qarni, Belajarlah dari Alam & Zaman juga al-Qarni, Menggapai cita2 oleh Dr Muhammad al-Muqaddam, Jaddid hayaatak oleh syaikh al-Ghazali (Perbaharui Hidup anda)....

Manakala kitab tempatan ialah Perangai bergantung kepada Diri Sendiri karya Pendita Zaaba, manuskrip yang telah ditemui semula dan dicetak oleh DBP, juga the Malay Dilemma karya Tun Mahathir..

Juga buku Bibliografi atau kehidupan tokoh2 sepanjang zaman, baik Islami atau Non-Muslim. Ia sarat dengan pelajaran bagaimana mereka berjaya mengatasi pelbagai ketakutan atau bagaimana mereka berjaya membuang perilaku yang buruk untuk berjaya melakar sejarah dunia..WA
 



Cara #7: Ujudkan jadual kecergasan yang rutin dan kalau boleh masuklah pertandingan sukan

Dalil anjurannya cukup jelas:
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " الْمُؤْمِنُ الْقَوِيُّ خَيْرٌ وَأَحَبُّ إِلَى اللَّهِ مِنَ الْمُؤْمِنِ الضَّعِيفِ 
terjemah hadith dari jalur Abu Hurayra: si mukmin yg kuat lebih baik dan lebih dicintai Allah dari si mukmin yang dha`if.." [sahih Muslim, no 2667]

Apabila fizikal kita kuat dan sihat, maka mudahlah kita melakukan aktiviti, bekerja, bergerak, beribadah, mampu memikul tugasan yang berat dan mampu bersabar ketika getir..

Kecergasan rutin bermula dgn amalan pemakanan yg baik dan seimbang, kerap memerika tahap kecergasan dan kesihatan (medical check-up), jika umur menjangkau 40 tahun keatas disarankan 2-3 tahun sekali buat check-up.
jadual latihan jasmani yg agak rutin, paling kurang, "brisk walk" atau jalan pantas di taman-taman perumahan anda, beberapa kali dalam seminggu, terutamanya pada pagi cuti hujung minggu.
Maksud pertandingan ialah seperti Larian Kuala Lumpur, The Malay Mail Big Walk, larian amal dan seumpamanya...
 


Penajaman #8: Kenalpasti "blind spots' (bintik buta?): cari jalan untuk mengurangkannya.

Blind spots ketika memandu menyebabkan banyak kemalangan di jalanraya. Maka pengeluar2 kereta berjenama yg tersohor seperti BMW, Merz, Audi dan Toyota menggunakan pelbagai penemuan teknologi terkini untuk menghapuskan blind spots, antaranya reverse sensor dan camera, sonar, night vision, dan advance accident warning system.
Namun bagaimana dgn blind spots dalam kehidupan anda? Ia merujuk kpd sifat2 dan kelemahan2 diri anda yang anda tidak perasan, yang anda tidak sedari, tapi amat menyakitkan hati isteri anda, anak-anak anda, kerabat atau jiran2 anda dan rakan2 anda atau majikan anda. Blind spots tersebut yang membuat anda sukar maju ke depan dan sukar menerima perubahan.

Cth: anda jenis panas baran, tapi anda tidak sedar. Anda jenis suka bercakap kasar dengan isteri anda sendiri, malah ada yg suka memukul mereka. Anda juga tidak pandai menghargai masa orang lain, anda tidak suka ditegur, anda cuma suka dipuji, atau anda jenis dominan dan sentiasa bercakap banyak..adalah contoh blind spots.
Blid spots adalah kelemahan diri anda yang anda tidak perasaan, tapi ia melekat dgn anda spt penyakit kanser.

Maka cara mengurangkan blind spots diri kita ialah:
1. muhasabah diri
2. kursus2 jatidiri dan bina insan
3. konsisten dgn kuliah dan kelas pembelajaran
4. bersikap terbuka dengan isteri, dan sahabat anda
5. sentiasa mengalu-alukan kritikan, komen dan feedback dari orang lain terhadap kita, KHUSUSnya Isteri kita sendiri. isteri adalah cara yang paling berkesan untuk merawat blind spots kita, seterusnya ialah rakan karib kita, seterusnya ialah Boss kita yang membuat penilaian prestasi kita saban tahun.

Rumusan: pertama: sedari bahawa setiap diri anda memiliki blind spots; dan
kedua: cari jalan untuk menghapuskan blind spot anda!
 



Penajaman #9Sentiasa minta Maklumbalas dan dapatkan seorang Mentor atau personal Guru.

Ini adalah kaizen utk diri. Ada dua cara:
pertama: anda meminta maklumbalas dari orang di sekeliling anda mengenai diri anda. Para sahabat termasuk khalifah ssekalipun adalah amat senang dengan feedback atau maklumbalas orang disekelilingnya. Abu Bakar dalam ucapan sulung sempeena perlantikannya sbg Khalifah pertama islam, meminta rakyat memberi nasihat dan feedback kepadanya; Umar bin al-Khattab pernah ditegur oleh perempuan tua dan dia menerimanya dan bersyukur kerana rakyat masih memberi feedback kepada kepimpinannya, apabila kaum salaf menemui satu sama lain, mereka akan berkata, ausiini atau nasihatilah aku.


cara kedua: cari mentor atau personal guru utk memandu perjalanan hidup dan kerjaya anda. Jika anda ingin maju dalam bidang keilmuan, anda perlu mentor agamawan yg mantop dan jika anda ingin maju dalam kerjaya anda termasuk usahawan atau bisnes, juga memerlukan mentor dlm bidang tsb. Mentor adalah orang yang sudah berada di puncak dalam bidangnya dan anda mesti mencari dan mendampingi dia...

Inilah dua metod utk melakukan kaizen terhadap diri anda. Maka jika anda seorang yg tertutup, maka bukalah diri anda kpd kritikan, jika anda belum mempunyai mentor dalam hidup, maka dapatkan mentor anda sekarang.


Penajaman #10: Pelajarilah dari tokoh2 yang menjadi Idola anda

Carilah tokoh yang anda kagumi, baca biografi mereka dan pelajarilah sesuatu untuk menjadi sehebat mereka...semasa saya menuntut di Barat, pelajar2 dikehendaki mencari seorang tokoh yg dikaguminya dan mempelajari sesuatu dari tokoh tersebut..

maka muncullah tokoh2 spt Donald Trump, Bill Gate, Covey, Darwin, Einstein, Jack Welch, dsbnya..

Sekarang dengan adanya khidmat U-tube, kita boleh ikuti interviews atau temuramah pemimpin2 yang hebat...

Di sini, kita terbuka, tokoh2 yang unggul dalam Islam dan juga tokoh2 yg unggul di Barat dan Timur (Japan, China dan Korea)

Bagi kita, sudah tentu, kita kena dekati tokoh2 agung kita, terutamanya Nabi saw dalam syamail, biografi Abu Bakar, Umar, Uthman, Ali, Aisyah, dsbnya...

Mesti ada rahsia, kenapa mereka menjadi manusia yang hebat.
 





_________________

Tuesday, 18 December 2012

UKM:LIMA UNIVERSITI TEMPATAN ATARA 100 TERBAIK ASIA

Lima universiti tempatan antara 100 terbaik Asia


KUALA LUMPUR: Universiti Sains Malaysia (USM) yang menjadi universiti Program Pemacuan Untuk Kecemerlangan (Apex) pertama negara, menduduki tangga ke-69 di belakang Universiti Malaya (UM) serta Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang masing-masing pada kedudukan ke-39 dan ke-51 dalam senarai 100 universiti terbaik Asia. 

Penarafan universiti serantau yang pertama kali dikeluarkan oleh QS Quacquarelli Symonds Ltd, iaitu penyusun Times Higher Education-QS World University Rankings, turut menyenaraikan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) pada tangga ke-82 dan Universiti Putra Malaysia (UPM) ke-90. 

Pengarah Urusan QS, Nunzio Quacquarelli, berkata keputusan penarafan QS.com Asian University Ranking dibuat berdasarkan ukuran kecemerlangan serantau sesebuah universiti. 



Beliau berkata, universiti terbaik bukan hanya cemerlang dari segi kualiti, malah produktiviti tinggi dalam penyelidikan berbanding universiti lain. 

"Prestasi universiti Malaysia adalah baik dengan bilangan pelajar antarabangsa dan fakulti yang banyak. Keputusan ini menjadikan belajar di Malaysia sebagai pilihan menarik kepada pelajar antarabangsa," katanya dalam satu kenyataan semalam. 

Sementara itu, tiga universiti di Hong Kong menduduki lima tangga terbaik dalam senarai penarafan dengan University of Hong Kong pada tangga teratas, diikuti The Chinese University of Hong Kong, kedua dan Hong Kong University of Science and Technology keempat. 

University of Tokyo dan Kyoto University di Jepun masing-masing menduduki tangga ketiga dan kelima. 

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, ketika dihubungi bagaimanapun menolak tanggapan kejayaan UM dan UKM mengatasi kedudukan USM dalam penarafan antarabangsa itu adalah petanda buruk kepada Program Pemacuan Untuk Kecemerlangan (Apex). 

Sebaliknya, beliau menegaskan, pemilihan USM merintis program Apex pada September lalu berdasarkan potensinya itu untuk dilonjakkan kecemerlangan sehingga mencapai tahap dunia, tetapi bukan sudah mencapai tahap tertinggi Apex seperti disangka banyak pihak. 

Tambahan pula, katanya, keberkesanan program itu membabitkan beberapa tahun dan bukan kejayaan serta-merta, manakala UM pula memang diketahui memiliki kekuatan tersendiri. 

"Justeru, keputusan penarafan ini akan menjadikan USM perlu lebih gigih untuk mewajarkan ia dipilih dalam program Apex. Kementerian akan jumpa semua universiti yang termasuk dalam senarai penarafan itu dan melihat bagaimana dapat memperbaiki kedudukan pada masa depan," katanya. 

Naib Canselor UM, Datuk Ghauth Jasmon, pula bersyukur dengan keputusan penarafan berkenaan dan mengakui universiti itu berazam terus meningkatkan kecemerlangan. 

"Kita bekerja keras untuk mencapai kejayaan dan antara faktor penyumbang utama ialah kecemerlangan dalam bidang penyelidikan. Kita akan menggiatkan usaha menerokai penyelidikan berkualiti tinggi, sekali gus meningkatkan kedudukan dalam penarafan universiti terbaik dunia," katanya. 



RINTIHAN ZAMAN



RINTIHAN ZAMAN.

Hidup adalah susunan huruf yang sangat ajaib.Semakin aku memikirkanya semakin buntu aku dibuatnya.5 huruf yang masih tergantung maknanya diatas langit sana.Para ahli falsafah dari zaman ke zaman cuba untuk merungkainya tetapi semuanya hanya menjadi hambar.Kata-Kata begitu miteri  yang membawa penafsiran yang tidak terhingga.

Yang kutahu dan yang masih kutahu,
Yang ku lihat masih ku lihat,
Yang ku nikmati dan masih ku nikmati.
Ku berasa ku fahami semua,
Tapi…aku masih tidak fahami himpunan huruf ini

Hidup?Wanita?Cinta?Sahabat? dan …..

Di satu saat aku duduk besandar tiang di anjur rumah aku dengan berbekalkan biskut craker.Aku mula mendongakkan kepalaku keatas menatap lurus berusaha menembus hamparan awan dan langit semampuku.Mataku terus menatap tajam menembus langit,Namun,semakin lama aku menatap,aku merasa semakin tidak mampu menembus cakerawala gelap yang terdampar perkasa di atasku,mata  terasa letih...,letih,dan letih.Aku terbuai dalam lamunan keindahan langit.Fikiranku mengandaikan sekiranya aku dapat menjelajahi angkasa.Mataku yang menatap semakin berkedip kerana letih dan sakit melihat keagungan  langit.
Aku cuba untuk membaca kehidupan zaman  sekarang.Jika dahulu aku membaca buku-buku dan nota kuliah tetapi kini ku dikehendaki membaca kehidupan!!!Aku lihat  manusiah yang hidup di zaman ini telah hilang pecaturannya.Sebahagiannya telah hilang arah tuju mereka.

Hidup di zaman ini sudah tidak merasa ketenteramannya penuh dengan mehna.
Keraguan dan kekacauan mula menghiasai dunia.
Para –para orang besar sibuk melakukan pelabagai makar, 
sudah tidak dipedulikan lagi darah,air mata dan keringat rakyat yang penting poketnya dipenuhi dengan harta.
Begitulah telah kaya para pendusta..


Hidup di zaman ini,
Dimana sang pengkhianat diangkat menjadi  Hero.
Yang bercakap jujur  dan benar dianggap sebagai pendusta.
Orang-orang yang tidak amanah mula ditabalkan dengan pelbagai mahkota.
Sementara orang yang amanah ditinggalkan dilembah desa.


Hidup di zaman ini,
Keadilan sudah tidak diendahkan,
Jika kamu kesukaanku semuanya baik belaka,
Jika kamu kebencianku semuanya celaka,
Yang dusta boleh sahaja menjadi benar ,
Yang benar boleh sahaja menjadi dusta,
Lihatlah siapa yang bicara,jika kamu sahabat aku angkat,
jika kamu tidak sepakat maka kamulah musibat,


Hidup di zaman ini,
Pilihanku semuanya akan dilihat mulia,
Pilihanmu semuanya ditabal celaka,
Bila berjumpa semuanya berwajah manis belaka,
Di belakang sibuk membaca mantera,
Semua ini politik NAMANYA.


Hidup di zaman ini,
Yang kaya menjadi semakin kaya,
Yang misikin menjadi semkin miskin,
Mengapa ini semua terjadi seadanya,
Apa susah? zaman ini riba dianggap perkara biasa
Yang kaya ternak wang,Yang miskin ternak haiwan,


Hidup di zaman ini,
Sudah ada BANK,
Yang kaya ternak wang kerana kandangnya bernama bank,
Tidak perlu lagi ilmu penternakan,
Tidak perlu lagi ilmu peladangan,
Tidak perlu lagi modal,
Cukup dengan secarik “kertas kosong” maka ia kan beranak pinak.

Hidup di zaman ini,
Sudah seperti di zaman Robin Hood,
Lihat sahaja pecaturananya,
Anda,Kerajaan,Bank..
Lihatlah anda,
Siang pagi anda keluar untuk bekerja,
Dengan berbasikal buruk,cat yang sudah luntur,tayar yang sudah tiada angin,
Anda tetap gagah  untuk mengayuh di pagi yang buta dimana sang kepala sedang tidur kedengkuran,
Berbekal dengan parang toreh,Anda pun menoreh getah,satu pokok demi satu pokok,
Apabila matahari sudah menutup tirainya,Anda pun pulang ke rumah untuk member keluarga anda makan.

Kadangkala anda  terpaksa berlapar siang malam kerana pendapatan anda tidak mampu untuk menyara keluarga anda,
Begitulah juga yang kerja terpaksa bekerja naiki lrt,berpusu-pusu,
Terkejar-kejar masa, keluar bekerja
dengan hasrat mencari nafkah
tetapi bila pulang,
dengan hati yang sunyi dan resah
yang anda selindungi
di balik senyuman lelah kerana dek suasana pejabat.

Datanglah sebahagian manusia mengetuk pintu2 rumah anda,
Anda pun membukanya,dipaparkan kepada anda,
Cukai –cukai yang tinggi,cukai tanah,cukai pintu,cukai pelajaran,
Pinjaman itu,pinjaman ini,
Yang kaya boleh bebas dengan harta mereka,
Tetapi anda??

Kemudian datanglah sebahagian anasir-anasir ini,
Wahai rakyat-rakyat jelata dengarlah ,
EKONOMI sekarang tengah jatuh,
Maka diharapkan ANDA SEMUA kena BERJIMAT-CERMAT,

Diupahla ustaz,utazah dan para penceramah,
Maka bersungguh-sungguh la mereka,
Dalil-dalil mula dibaca kepada rakyat jelata,
Ada penceramah  yang  buat-buat menangis seolah pelakon terbaik dunia,
Dicertikatlah hikayat apakah benar atau tidak yang mengataskan nama agama
Itu semua tidak mengapa rakyat sekarang hanya tahu ikut secara buta tuli,
Mereka tidak akan fikir,
Maka tersebutlah…orang-orang yang membazir dijadi begini dan begitu


Kempen sana sini
“Wahai insan-insan sekalian,hidup ini kena berjimat cermat tak boleh membazir,
MEMBAZIR  itu amalan SYAITAN!!”
Maka yang insaflah mak cik2 dan pakcik2,
Yang memakan nasi lemak sebungkus dikurangkan jadi setengah bungkus,
Takut membazir namanya…
Dikurangkanlah pengunaan bahan mentah,garam dan sebgainya..

Tetapi apakah yang terjadi,
Anasir-anasir ini masih makan makanan yang mewah,
Satu meja mereka  boleh dimakan oleh 100 rakyat bawahan,
Karpet merah mereka sudah cukup untuk biaya ribuan masyarakat,
Mereka masih bersantai,bermain golf,berhiburan sana sini.
Apakah agama ini dihantar oleh Allah SWT utk menghukum manusia bawahan dan menghalalkan yang lain tidur dalam kekenyangan dan kemewahan??[1]


Hidup di zaman ini,
Manusia sudah tidak memandangkan kekayaan jiwa,
bagi mereka hidup dengan kekayaan material sebagai tujuan utama,
Mereka sudah tidak memerhatikan manusia yang berada di dalam lembah kehidupan,
Kumpulan airmata,kesedihan dari rintihan manusia di sana sudah tidak dihiraukan,
Airmata mereka yang mengalir ke tanah dan hilang lenyap dalam timbunan pasir,
Apakah masih ada orang yang peduli?
Mana mungkin mereka hendak peduli!!


Orang-orang diluar sana dibayangi kesenangan dan kemewahan.
Diluar sana rumah mereka beratapkan bumbung yang dibuat dengan batu,
Tetapi rumah disebalik lembah kehidupan hanya beratap daun pelepah,
Makanan anda pizza hut,KFC,MCD dan sebagainya,
Makanan mereka manalah sama KFC mereka adalah buangan anda kedalam tong sampah,

Mereka adalah orang yang sudah patah sayapnya sebelum terbang,
Terkulai dan jatuh,
Sudah tidak dapat berbangkit lagi.
Apatah lagi keadilan mereka..(ingin aku bual dengan panjang tapi apakah daya aku pergerakan jari masih belum mahu bermain)

Hidup di zaman
Hidup di zaman ini,
Manusia telah kehilangan pedoman,
Semuanya mahu bumi menelan mereka,
Yang duduk di kota-kota besar mahu sisihkan diri diatas bukit-bukit dan gunung,
Semuanya ingin lari dari pahitnya kenyataan,dan pergi menuju keindahan khayal fantasi.

Hidup di zaman ini,
Para remaja bersorak “bebas”
Bebas dari ibu bapa, bebas dari agama,bebas daripada semua ikatan,
Akhirnya terpaksa menahan kebebasan daripada AIDS,

Hidup di zaman ini,
Dimana wanita kebanyakan bersifat lebih mempamerkan dirinya.
Dimana tambah terbenam matahari,tambah kecohlah di jalan raya dan di kedai kopi,
Hidup di zaman ini,Hati orang tidak merasa tenteram lagi di rumahnya.
Dimana orang-orang menari tersenyum-senyum utk menyembunyikan jiwa yang meratap,


Hidup di zaman ini semuanya mencari penawar dari masalah,
Maka berkempenlah Syaitan,
Ambilah ini kawan,
minumlah seteguk dan ceritakanlah semua masalah kamu kepadanya,
Maka para pemuda terpedaya,
Disebabkan kabutnya akan kebenaran inilah natijahnya…
Mulalah diteguk  whisky  Jack Daniels, ganja Silver Haze, Methamphetamine Hydrochloride ( Syabu ) , dan Eramine 5.


Selesai sudah teguk terasa dikeapungan,
Mulalah pencarian mencari wanita yang “bebas”,
Maka bermulah belenggu kepahitan zaman,
Yang masih ada rasa malu sanggup terjun kedalam bara api,
Yang tiada makan berakhirlah sejarah hidupnya.




Hidup di zaman ini manusia mula melepaskan dirinya daripada ikatan dan belenggu kepercayaan dan agama,..


(bersambung)





[1] Dr Maza-bicara buat pemimpin dan rakyat.

10 Cara menajamkan gergaji anda

Bila kali terakhir anda menajamkan pisau, kapak atau gergaji anda?

Menurut Dr Covey (Guru Motivasi di Barat, Utah, USA, 78 tahun), menajamkan kapak bermaksud meningkatkan produktiviti diri dgn melaksanakan perapian dan peningkatan diri sepanjang hayat.
Bangsa Jepun menyatakan peningkatan diri yg berterusan sebagai "Minda Kaizen" maksudnya sentiasa belajar sesuatu yang baru setiap waktu...

Musuh peningkatan diri ialah budaya bertaqlid buta atau juga dinamakan kehidupan "auto-pilot", yakni budaya mengikut orang lain tanpa mengetahui apa rasio (hujah/rasio/dalil) disebaliknya...

Topik ni akan mengajak anda melakukan Kaizen diri anda...ianya suatu aktiviti hidup yg praktikal, semua org boleh menajamkan diri mereka.



10 Cara menajamkan gergaji anda. Anda adalah gergaji yg hidup, dari masa ke semasa, ia perlu ditajamkan...

Cara pertama:
 Bacalah buku setiap hari. Bacalah bila ada peluang, ketika dalam LRT, ketika menunggu giliran di JPJ, hospital, ketika trafic jam yg teruk, ketika anda terlantar di hospital , malah apa jua kesempatan, hatta ketika anda menghadiri seminar di mana penceramahnya jenis merapu, maka curi-curilah membaca...Anda perlu tahu buku yg berat dan buku yg ringan.. Buku yg berat selalunya buku2 yg perlu anda baca utk memantapkan akidah anda, ibadah anda...ia dibaca ketika anda di rumah. Manakala bahan bacaan ringan dibaca ketika anda "on the move" ketika anda berada di luar rumah anda...IQRA' atau Bacalah adalah aktiviti pertama dalam menajamkan diri anda...

Maka bila ada gesaan membaca, sudah tentu anda kena beli buku, jika belum mampu, bacalah e-book yg percuma di internet. 

Baca, baca, baca...setiap hari anda kena membaca!!
 



Cara Kedua: Jangan takut menukar kerjaya atau tempat tinggal. Kerana menukar kerjaya atau lokaliti memaksa anda belajar. Dalam maksud syara' ialah HIJRAH. Keluar dari "comfort zone" atau zon selesa anda.
Kata kerja di sini: 

Zon Selesa
Tukar Kerjaya
Hijrah



Para ulama sejak dulupun selalu memberi nasihat bagi yang ingin meningkatkan ilmu dan kemampuan diri adalah dengan meninggalkan kampung halaman (rihlah) untuk menimba ilmu dengan orang yang lebih alim.


Imam Syafi’i dalam salah satu syairnya berkata :

سافر تجد عوضا عن من تفارقه وانصب فان لذيذ العيش في النصب

إني رأيت وقوف الماء يفسده إن سال طاب وان لم يجر لم يطب

والأسد لولا فراق الغابي ما افترست والسهم لولا فراق القوس لم يصب

والشمس لو وقفت في الفلك دائما لملها الناس من عجم ومن عربي

والتبر كالترب ملقى في أماكنه والعود في أرضه نوع من الحطب

فان تغرب هذا عز مطلبه وان تغرب ذاك عز كالذهب 

“Tinggalkanlah kampung halaman, niscaya engkau mendapatkan ganti apa yang engkau tinggalkan,

Dan senatiasalah bekerja keras, karena nikmatnya hidup ketika bekerja keras,

Aku melihat genangan air sangatlah merusak, jika air mengalir maka akan bermanfaat, jika tidak mengalir, maka akan merusak

Singa ketika masih di hutan, tentunya tidak menggerunkan, dan anak busur selama masih dalam tempat, tidak akan mengenai sasarannya

Matahari, jika tetap diam di tengah langit, maka semua manusia akan bosan, baik yang berbangsa Arab maupun yang bukan

Emas jika masih di tempatnya, seperti tanah biasa, dan kayu wangi jika belum dipetik, harganya sama dengan kayu bakar

Jika si fulan pergi, maka dia akan dicari, dan jika fulan yang lain juga pergi, maka dia menjadi langka, bagaikan emas”

Cara ketiga: Dekati tokoh yang paling anda minati atau anda kagumi, cuba berinteraksi dengan tokoh tersebut, bertukar-tukar fikiran dengan beliau secara mendalam.

Cth: anda mengkagumi seseorang yg memiliki ilmu perniagaan yang luas.Maka buatlah temu janji dengan dia untuk mempelajari siluk biluk dalam perniagaan.

atau anda mengkagumi kejayaan Tuan Kapten Hafiz Firdaus menghasilkan begitu banyak buku disamping seorang pilot yg sibuk...bagaimana dia menjadi penulis hanya dgn sijil pelajaran yg basic, hanya dgn kemahiran seorang pilot...

Hasil interaksi dgn tokoh2 ini akan membuka paradigm anda, membuka dimensi baru dalam kehidupan anda...

Cara ke 4: Pilih suatu Hobi
Kata Covey, jika anda belum ada hobi, segera pilih satu hobi. Jika anda sudah ada hobi dan hobi tersebut sudah tidak menarik, pilih hobi yg baru. Hobi akan meregang anda dari sudut fizikal, mental dan emosi.

*Hobi adalah suatu minat atau kecenderongan yang diceburi untuk tahsiniat (keselesaan dan kenikmatan) hidup atau untuk merihatkan otak dan badan anda.

Hobi yang paling simpel ialah buku (beli, kumpul buku, buat library dan baca), atau gardening (membina taman herba dan ulam di tepi rumah) atau kebun buah-buahan, membela ikan dalam kolam, fotografi (DSLR), melancong, scuba, fishing, cycling, golf, automotive, membela haiwan eksotik, atau kucing eksotik, sukan berkuda, archery (sukan memanah), futsal, bowling, mountainering, bungee jumping, camping, jungle tracking, sukan lasak, paint ball game, swimming, culinary atau masak memasak, house renovation, interior design, jalan-jalan cari makan, pendek kata, setiap orang kena ada suatu hobi dan sebaiknya suatu hobi yg dapat menjadikan anda multiskilling, multi-tasking dan menjadikan kehidupan anda penuh dan sentiasa menarik


.Cara #5: Pelajari sesuatu yang baru

sindrom yg melanda manusia ialah "Mindless" atau tarak otak. kata Covey, ia sikap kita hidup macam "autopilot" atau ikut saja, taqlid buta, stereotaip, melakukan secara mekanik atau robotik atau tidak peka dengan perkembangan semasa.

Maka belajarlah sesuatu yang baru...dgn belajar sesuatu yg baru, kita akan berpindah dari "mindless" (tarak otak) kepada "mindful" atau penuh otak...kita akan pindah dari ikut arus ramai kpd dunia pemikiran kritis dan memecah sempadan...
(bersambung..)

UKM:MINGGU BELAJAR

Tepat jam 12.00 p.m 22/12/2012 maka akan bermulah detik-detik cemas bagi para pelajar di universiti.Mahasiswa hanya diberikan masa sebanyak 7 hari atau bersamaan 168 Jam.Maka para pelajar diberi pilihan sama ada untuk kata lex luwwww atau buka buku dan belajar.Kita harus sedar masa itu ibarat pedang .Ia akan sentiasa membunuh kita jika kita tidak menggunakan dengan betul.

Jadi saya dan sahabat-sahabat ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan kepada mahasiswa UKM selamat dan semoga berjaya dalam menghadapi peperiksaan akhir semester 1




Berikut saya kongsi 10 tips menghadapi peperiksaan:



1. Datanglah dengan dokumen dan peralatan yang lengkap.

Bawalah semua dokumen yang diperlukan seperti kad pengenalan dan slip pendaftaran peperiksaan. Bersedia juga dengan alat tulis yang anda perlukan, seperti pensel, pen, jam, pemadam, pembaris dan lainnya. Kelengkapan ini akan membantu anda memberi sepenuh tumpuan sepanjang masa peperiksaan.

2. Tenang dan percayakan diri anda.

Ingatkan diri bahawa anda sudah siap sedia dan akan menghadapi peperiksaan dengan baik. Mulakan dengan bacaan Al Fatihah dan doa.

3. Bersantailah tapi berhati-hati.

Pastikan meja dan kerusi anda dalam keadaan baik dan selesa untuk menulis. Duduk dalam keadaan menegak. Jika kerusi dan meja dalam keadaan tidak baik, maklumkan segera kepada petugas sebelum peperiksaan bermula.

4. Fahamkan arahan dan semak semua soalan terlebih dahulu.

Luangkan masa untuk fahamkan arahan dan 10% dari keseluruhan waktu peperiksaan untuk membaca soalan secara mendalam. Tanda kata kunci dan tetapkan berapa lama masa yang diperlukan untuk menjawab setiap soalan. Rancangkan untuk menjawab soalan yang mudah dulu, baru soalan yang sukar. Ketika anda membaca soalan, catatkan juga idea-idea yang muncul yang mungkin boleh digunakan sebagai jawapan.

5. Jawab soalan secara strategik.

Mulai dengan menjawab soalan mudah yang anda tahu, kemudian dengan soalan yang mempunyai markah banyak. Soalan terakhir yang seharusnya anda jawab adalah:
Soalan paling sukar,
Soalan yang memerlukan masa yang panjang untuk menulis jawapannya; dan
Soalan yang mempunyai markah sedikit.

6. Semasa menjawab soalan berbentuk aneka pilihan, ketahuilah jawapan yang patut dipilih.

Mula-mula, abaikan jawapan yang anda tahu salah. Tekalah pilihan jawapan ketika tidak ada pilihan jawapan yang dapat anda abaikan. Jangan mengubah suatu pilihan jawapan jika anda tidak pasti kerana pilihan pertama jawapan anda biasanya betul, jangan menggantinya kecuali anda yakin dengan pembetulan yang anda lakukan.

7. Semasa menjawab soalan berbentuk essei, fikirkan dulu jawapannya sebelum menulis.

Buat rangka karangan untuk esei dengan mencatat dulu beberapa idea/point yang akan ditulis. Kemudian susun point itu mengikut susunan yang mana penting atau perlu dibincangkan dulu.

8. Semasa menjawab soalan esei, jawab pada persoalannya.

Tulis frasa pokok pada frasa pertama. Gunakan perenggan pertama sebagai pengenalan esei anda. Gunakan perenggan seterusnya untuk membincangkan isi-isi utama secara terperinci. Sokong isi anda dengan penerangan yang jelas, contoh, atau petikan dari buku atau media lain jika perlu.

9. Sisihkan 10% waktu anda untuk memeriksa jawapan.

Periksa jawapan; elakkan keinginan untuk cepat meninggalkan dewan atau bilik setelah anda menjawab semua soalan ujian. Pastikan anda telah menjawab semua soalan. Baca sekali lagi jawapan anda untuk memeriksa ejaan, struktur bahasa dan tanda baca. Untuk jawapan matematik, pastikan tidak ada kesilapan (misalnya salah meletakkan tanda titik perpuluhan). Bandingkan jawapan matematik anda yang sebenarnya dengan pengiraan ringkas.

10. Analisa jawapan anda.

Setiap peperiksaan akan membantu anda dalam mempersiapkan diri untuk peperiksaan berikutnya. Tetapkan strategi mana yang sesuai dengan anda. Tentukan strategi mana yang tidak menjadi dan ubahlah. Gunakan pengalaman kertas peperiksaan sebelumnya ketika belajar untuk peperiksaan akhir.

Sunday, 16 December 2012

UKM:FAKULTI EKONOMI DAN PENGURUSAN


UKM:FAKULTI EKONOMI DAN PENGURUSAN

Baik hari ini aku nak cerita pasal fakulti yang aku duduki.Tentu ramai yang tertanya fakulti ekonomi dan pengurusan ni ape benda.Kos apa yang ditawarkan?Inilah persoalan yang timbul semasa awal-awal aku dapat surat tawaran untuk sambung belajar di UKM.

Tapi selepas minggu orientasi aku pun mula mengerti berkenaan fakulti yang akan aku duduki.Fakulti Ekonomi dan Pengurusan terletak berhampiran dengan PTSL iaitu perpustakaan UKM dan 3 buah fakulti lain iaitu fakulti sains dan kemanusia,fakulti sains teknologi dan fakulti pendidikan islam.

Fakulti ekonomi dan pengurusan menempat mahasiswa yang akan mengambil major dalam subjek ekonomi,bisnes dan perakaunan.Pada tahun satu anda tidak dibenarkan mengambil major lagi.Pada tahun satu semuanya akan mengambil subjek yang hampir sama.Majoring hanya akan ditawarkan pada tahun 2 mengikut kecenderungan dan keputusan peperikasaan yang bakal diduki.

Mungkin ada yang akan bertanya.Saya nak ambil akaun boleh ka saya nak tukar  kos?jawapan dia boleh tiada masalah bagi pelajar ekonomi dan pengurusan perniagaan untuk mengambil perakaunan pada tahun 2.Cuama pastikan result 3.0 keatas dan subjek seperti statistik kena dapat B sekurang-kurangnya.Selepas itu anda akan ada temuduga.Jika semuanya lulus insya allah anda boleh untuk ambil perakaunan.

Yang bestnya fakulti ni,aku dilatih untuk menjadi seorang mahasiswa yang berkualiti.Banyak program yang dianjurkan seperti Bisnes Plan,Seminar Usahawan dan sebagainya.Banyak akitivi yang akan dijalankan untuk membantu soft skill anda.

Selain itu anda juga berpeluang untuk mengasah bakat kepimpinan anda dengan menyertai kelab pelajar tahun satu,exko ekonomi dan exko pengurusan perniagaan.Jika anda dilihat mempunyai potensi anda akan ditawarkan menjadi PMFEP. iaitu Persatuan Mahasiwa Fakulti Ekonomi Dan Pengurusan.

Dibawah ni korang boleh tengok majoring yang ditawarkan.




Thursday, 13 December 2012

Wanita


Antara perkara luar kuliah yang ku belajar di matrik adalah wanita.Entah w.a.n.i.t.a 
satu perkataan yg simple tp  susah untuk dirungkai..Melihat gelagat mereka,permainan mimik muka,kiasan bahasa,susunan kata,gerakan mata membuat aq nak tergelak walupun kdg2 alhamdulillah still ada kesempatan untuk teroka pemikiran mereka dan membaca body language..kesimpulan yg dapat ku buat


1)Dalam percakapan wanita
menggunakan lbh byk perkataan utk mengungkap bnda yg sama.Diorg suka dedahkan apa yg diorg fikir dan rasai.Simple said they like to play with their emotion.



2)Wanita bnyk menampilkan emosi mereka klou nak dibandingkan dgn lelaki.



3)Wanita bersedia ceritakan masalah2 peribadi dan persaan yg mereka alami kpd org yg sudi dgr(so guys u have to gud listener sbb pompuan x mcm lelaki.Perempuan cerita sbb nak cari ketenanga tapi laki nak cari solusi~hehe tips cinta)



4)Diorg suke  guna words mcm benci,suka,meluat,sakit hati,menyampah,syg,sedih(salah satu saluran diorg dedahkan emosi) or kdg2 perubahan muka,getaran suara berlainan,yg best tingkah laku..



5)Bagi diorg apa yg diorg ckp smua diorg rasa penting walaupon laki rasa benda 2 remeh je..(bagi diorg yg penting aktiviti dy bukan kandungan dy).



6)Yg paling syok diorg suka pok pet(leter) sbb bgi diorg maybe la x dak prshbtn or percintaan or pekahwenan melainkan apabila dia byk dpt peluang berbual baru la ada makna..



7)bagi wanita cinta dan kemesraan adalah satu hal yang berterusan sperti air sungai yg tidak berhenti mengalir..idiorg suka klou kita ni laki ucp cinta bnyk kali?maybe...so in conclusion dari sudut pandang wanita maybe pshbtn,cinta,ksih syg x prnh ada pnghujung(bukan semua utk certain)..



statement kat atas bukan overaall just sonok bc owg hanya certain ppl judging..so x adil..hehe


ALAM SEMESTA MULA BERBICARA(PART LAST)


Apabila berdiri di atas bukit dan merenung ke bawah,kelihatan lembah dan sungai yang mengalir dengan tenangnya.Suria memancarkan sinar,burung-burung bernyanyi keriangan,ayam berkokok dan air sungai mengalir menuju lautan.Apabila berdiri di tepi lautan yang luas itu,berjumpalah pula dengan hijaunya laut dengan hijaunya langit.Kapal dan bahtera berlayar laksana sabut kecil di antara ombak dan gelombang yang bergulung-gulung di atas pasir yang putih,terasalah kecilnya diri dihadapan kebesaran alam.Mata mula memandang ke dasarnya melihat ikan-ikan berenang dengan bahagianya.Tersimpan begitu banyaknya rahsia di dasar lautan yang tidak mampu diterokai.Kemudian berlayarlah lagi dengan bahtera yang ada terlihat pulau yang kecil-kecil,laksana diserakkan di hadapan mata.Didongakkan kepala ke arah sang suria melihat  pancaran yang panas itu  kearah lautan sehingga menjadi wap.Dan wap diangkat oleh awan ke langit.Setelah menjadi satu gumpulan mendung ia pun turun ke bumi dengan air mata iaitu hujan.Dari hujan mengalir sungai.Dibasahi bumi yang kering sehingga subur.Dibasahi akar-akar kayu,maka mekarlah bunga.
"
Allah, Dialah yang mengirim angin (tahap pertama), lalu angin itu menggerakkan awan dan Allah membentangkannya di langit menurut yang dikehendaki-Nya, dan menjadikannya bergumpal-gumpal (tahap kedua); lalu kamu lihat hujan ke luar dari celah-celahnya (tahap ketiga), maka apabila hujan itu turun mengenai hamba-hambaNya yang dikehendaki-Nya tiba-tiba mereka menjadi gembira." (Surat ar-Rum: 48).

Tanpa ku sedari air mata mula mengalir dan membasahi tubuhku.Melihat diri ini berasa begitu kerdil kepada Sang Pencipta.Wahai air mata, mengalir sepuasmu kerana ketakjubanmu kepada Sang Pencipta..
Menangislah wahai mata,
Mutiara meriwayatkan cinta,
antara hamba dan Tuhannya,
sendumu meriwayat duka,
jiwa hamba memanggil Pencipta,

Aku mula mengusap airmata dengan tangan ..Terlihatlah akan aku  seekor burung yang begitu cantik bertenggek di dahan.Aku mula memerhatikannya dari awal sehingga ia mulai lesap dari pandanganku.
Alangkah ajaibnya burung ciptaanMU ya rabbi..burung yang mampu terbang ribuan kilometer serta berupaya  mengekalkan tenaga dan keupayaan dirinya sepanjang perjalanan.Jika dilihat kepada diri ku ni,masih memerlukan kelengkapan seperti peta,bekalan makanan,pakaian dan sebagainya.Tetapi engkau tidak wahai burung?Engkau merentasi benua tanpa semua itu tanpa perlu peta dan GPS tetapi kau tahu jalan pulangmu dan kau tidak ada akal jika dibandingku.Sungguh Allah SWT telah menjagamu,Maha Suci Engkau Ya Rabb.
\   
Patutkah mereka menutup mata dan tidak memerhatikan (kekuasaan Allah pada) burung-burung Yang terbang di atas mereka, (siapakah Yang menjaganya ketika) burung-burung itu mengembang dan menutupkan sayapnya? tidak ada Yang menahannya (daripada jatuh) melainkan (kekuasaan) Allah Yang Maha Pemurah. Sesungguhnya ia Maha melihat serta mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.( Surah Al-Mulk:19)

Habisnya perenunganku terhadap burung tadi,aku mula mendongakkan kepalaku keatas menatap lurus berusaha menembus hamparan awan dan langit semampuku.Mataku terus menatap tajam menembus langit biru,Namun,semakin lama aku menatap,aku merasa semakin tidak mampu menembus cakerawala biru yang terdampar perkasa di atasku,mata  terasa letih...,letih,dan letih.Aku terbuai dalam lamunan keindahan langit.Fikiranku mengandaikan sekiranya aku dapat menjelajahi angkasa.Mataku yang menatap semakin berkedip kerana letih dan sakit melihat keagungan  langit.

“Di luar sana,menurut para ahli astronomi,terdapat planet-planet dan juga bintang-bintang yang jauh lebih besar berjuta-juta kali dari bumi.Namun,mataku tak mampu melihat bintang yang terlalu besar itu,kerana terletak begitu jauh.Kalau sekarang aku berada di salah satu planet yang berhampiran dengan bumi,dapatkah aku melihat manusia dan bangunan-bangunan pencakar langit yang didirikan di bumi ini?Tidak...,aku tak akan mampu.Manusia dan segala kesombongan dan keangkuhannya akan lenyap dari pandanganku.Jangankan manusia,bumi tempat berpijak ini pun akan lenyap dari pandanganku..Lenyap tak bererti.Ke mana mereka?Tak lain kerana hilang,lenyap dan lebur dari pandanganku.Lebur dalam dakapan langit tak bertepi ini...”


Namun tatkala menghayati semuanya,kini aku sedar bahawa semuanya tidak ada ertinya di hadapan keluasan langit. Aku tak ubah seperti burung yang kelihatan seperti titik diangkasa.Aku umpama debu dan pasti lenyap di hadapan tujuh billion penduduk bumi. Tujuh billion penduduk bumi bagai debu dan pasti lenyap di hadapan planet bumi.Planet bumi pula umpama debu di dalam gugusan sistem suria.Gugusan sistem suria umpama debu jika dibandingkan dengan lautan galaksi,kerana galaksi adalah terbentuk dari jutaan debu-debu sistem suria yang ada di semesta.Galaksi pun begitu,bagai debu bila dibandingkan dengan supercluster..,kerna supercluster terbentuk dari jutaan galaksi,Seterusnya kumpulan jutaan supercluster yang bagai debu pun membentuk alam semesta..

“Diameter alam semesta ini menurut para ahli astronomi dianggarkan sehingga 30 juta tahun cahaya.Cahaya sahaja yang mempunyai kelajuan 300,000,000 meter jarak yang dapat ditempuh dalam satu  detik.Jadi berapa jarak yang dapat ditempuh cahaya bila memerlukan waktu sekitar 30 juta tahun!!!

Sementara fikiran terkesima dengan keluasan alam  semesta,aku mula bertanya aku dimana??}



Berkurun terukir sejarah alpa,
manusia dihanyut indah yang fana,
terlupa pada fitrah wujudnya,
hanya ditaraf hamba.

Tenggelam pada bisikan dunia,
tak sedar langkah mudik ke sengsara,
tergoda pada hasut sengketa,
rebut fatamorgana.


Surah AtTalaq. Ayat 012.
Allah yang menciptakan tujuh petala langit dan (Dia menciptakan) bumi seperti itu; perintah Allah berlaku terus menerus di antara alam langit dan bumi. (Berlakunya yang demikian) supaya kamu mengetahui bahawa sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu dan bahawa sesungguhnya Allah tetap meliputi ilmuNya akan tiap-tiap sesuatu.

Airmataku mula mengalir lagi..aku sudah tidak mampu Ya Allah..Wahai jiwa, Jangan putus asa dalam memohon keampunan kepada allah

Berdoalah kepada Tuhan kamu Dengan merendah diri dan (dengan suara) perlahan-lahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang Yang melampaui batas. (Surah al-A’raaf, 7: 55)

Tuhanku, ampunilah hambaMu ini.Sesungguhnya aku sangat kerdil dihadapanMu..Tidaklah layak aku untuk sombong di muka bumi.. Tuhanku ampunkanlah segala dosaku,Tuhanku maafkanlah kejahilan hambaMu, Tuhanku Kau pimpinlah diri ini,Yang mendamba cintaMu,Aku lemah aku jahil,Tanpa pimpinan dariMu.. Ya Allah, aku berlindung dengan redhaMu daripada marahMu.. aku berlindung dengan 'afiatMu (kesejahteraanMu) daripada hukumanMu.. dan aku berlindung denganMu daripada tindakanMu.. tiada dapatlah aku ini untuk menghitung pujian kepadaMu..Engkau itu wahai Allah sepertimana yang Engkau puji diriMu... Ya Allah, perkenankanlah... (HR Muslim)

Wajah dunia sudah bertukar rupa tidak sangka aku tinggal di sini begitu lama,rehat sekejap kemudian kembali bersandar di pohon ini..Siang mula hendak menutup tirainya,malam mula untuk menjelma..Kini aku sudah menemui  cebisan hatiku yang telah hilang..Rasa begitu sayu untuk ku tinggalkan tempat ini.Disinilah aku menemui keindahan yang cukup berharga lebih berharga daripada 1000 tahun usiaku dihabiskan mengumpul harta.Alangkah kersangnya hidup itu,kalau kerja pagi petang,siang malam,hanya menghitung membilang,membagi,membuat kali-kali.Memperinci ilmu pasti pada alam,tetapi tak meresapkan keindahan yang ada dalam alam.

Wahai jiwa, aku ingin duduk disini lagi untuk sebentar waktu..Aku masih ingin menikmati  sang suria terbenam....


“Matahari telah menyebarkan cahaya menerangi bumi dan memberi rasa kedamaian untuk semua makhluk.Sama ada sedar atau tidak,matahari penuh dengan sikap  memberi tanpa mengharapkan balasan.Seluruh penjuru alam semesta menunggu kehadiran sang suria untuk mengawal aktiviti seharian mereka.Matahari akan terus membakar dirinya sendiri sebagai pengorbanan pada alam ini agar sinar cahayanya selalu memberi semangat pada kehidupan makhluk bumi.Entah sampai bila,sang suria akan terus menyeksa diri dengan membakar dirinya sendiri.Sedangkan matahari semakin hari semakin tua,tidak ada kenikmatan dirasainya seperti makhluk alam ini menikmati cahayanya setiap waktu.Setiap hari,dia akan membakar diri sehingga ia akan hancur dan lenyap di sebalik pengorbanan yang tiada balasan.

Ketika itu,makhluk alam akan menyedari bahawa sang suria amat bererti dalam hidup mereka.Tanpa cahayanya bumi akan gelap gelita.Bahkan,kemungkinan segala peradabannya akan hancur dan lenyap.Ini adalah sebuah cinta yang tidak pernah dibayangkan dan terhakis.

Namun,lain maknannya bagi matahari,membakar diri adalah suatu bentuk pengabdian yang sempurna kepada Sang Pencipta.Walaupun dia tahu dengan membakar diri akan turut memusnahkan dirinya tetapi tidak ada yang paling indah bagi dirinya berbanding dengan  kemusnahan dan  kembali kepada Sang Penentu Takdir.Ini menggambarkan sebuah kepatuhan pengabdian yang tidak mungkin tergambar oleh kata-kata.Kebahagiaan bagi sang suria di kala setiap bahagian dirinya dibakar dan menjadi cahaya yang menyinari setiap makhluk-Nya.”

Bagi matahari,mengenali Sang Kuasa degan mendapati keindahan-Nya dan diizinkan untuk menyintaiNya sudah lebih daripada cukup sebagai alasan untuknya.Membakar diri sehingga tiba waktunya ia akan berakhir dengan kehancuran dan lenyap serta kembali dalam keagungan Sang Maha Kuasa,}


 Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang Yang berakal;
 (Iaitu) orang-orang Yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini Dengan sia-sia, Maha suci engkau, maka peliharalah Kami dari azab neraka.(QS.Ali Imran:190-191)

“Carilah bahagia di dalam rimba dan belukar,dilurah dan di bukit-bukit,di kebun dan di kayu-kayu,di daun yang hijau dan bunga yang mekar,di danau dan sungai yang mengalir.Carilah bahagia pada Sang Suria,yang terbit pagi dan terbenam petang,pada awan yang sedang berarak dan berkumpul,pada burung-burung yang sedang hinggap dan sedang  terbang,pada bintang-bintang yang sedang berkelip-kelip,dan yang tetap di tempatnya.Carilah bahagia di kebun bunga di dekat rumahmu,di bandarnya yang baru dibangunkan di barisan tanamannya yang baru diatur.Carilah di pinggir sungai sambil bermenung,di puncak-puncak bukit yang didaki dengan payah,ke dalam lurah yang dituruni.Carilah ketika mendengarkan akiran air tengah malam,pada bunyi angin sepoi-sepoi basah,pada persentuhan daun kayu ditengah sawah.Dalam semua saya sebutkan itu tersimpanlah bahagia sejati yang indah mulia,murni,sakti,yang menyuruh akal menjalar,menyuruh perasaan menjalar ke dalam keindahan,menghidupkan hati yang telah mati,mendatangkan ketenteraman yang sejati di dalam lapangan haya”t~Sayid Musthafa Luthfi(‘Majdulin)


Tundukku malu didepanMu
kernaku insan berdosa
kuadukan sesalanku
apakah kan Kau terima
kesunyian ini sedarkan diriku yang lena
tinggalkan semalam yang nanah
lantas meratap hina kan ku pada sempurnaMu
terpaut aku tak berpaling
ku bersyukur hanya padaMu tuhan
kau temukan laluan bermula
Dan cintaMu bagai air di tandus sahara yang melepaskan dahaga
suburkan cahaya menerangi langkahku
semaikan segala hiasan indah cintaMu
ku mohon kau tenangkan gusar hatiku yang rawan
bimbang Kau singkirkan taubatku
kurayu Kau hulurkan keampunanMu padaku
kelakku zalimi diriku
Janjiku padaMu abdikan seluruh jiwa
sehingga masanya kau seru hujung nyawaku~UNIC Jalan Pulangku
Wallahu’alam.

Ditulis dan habis 24 MEI 2012

Rujukan:
Ceramah Dr.Asri.
Pelajaran Agama islam~hamka
Artikel berkenaan Bing Bang dan kajian hubble