Wednesday, 14 November 2012

UKM:NOSTALGIA DI KUO



UKM:NOSTALGIA DI KUO

Rasenye dah lama aku agak menyepi dari nak update blog ni kan.Tapi takpa harini aku nak citer kat korang pasal nostalgia aku yang berlaku kat KUO.Maybe yang bukan student UKM tentu tak tahu apa tu KUO an?Okeyh KUO ini ialah salah satu kolej yang terdapat di UKM ataupun nama penuh ia KOLEJ UNGKU OMAR.Actually aku bukanlah penduduk dekat kolej ini,aku tinggal di kolej yang nun berada diatas gunung(cewahh wat gempak,tak da la smpai gunung just atas bukit dan kolej paling hujung di UKM).Aku tak nak cerita lagi pasal kolej aku,aku nak wat surprise sebab kolej aku kena gempak sikit la kalau nak cerita.

Jom sambung pasal KUO ni.3 minggu lepas kira hari pertama la aku menjelajah ke kolej lain.Korang tau kenapa aku pilih KUO?Jawapan dia sebab kolej ni adalah antara kolej yang paling dekat dekat fakulti aku kira-kira 140 meter je untuk ke Fakulti Ekonomi Dan Pengurusan.Habis ja tamat kelas aku hari Isnin pukul 2,aku terus ke KUO sebab nak jugak gi wusha2 apa yang best sangat KUO ni.Selalu duk  dengar orang citer makanan sini murah,internet pun power,bilik besar siap ada almari tinggi dan bla,bla.
Demi untuk menjustifikasikan betul ke apa yang orang lain duk sembang aku pun pi la ronda untuk menjawab setiap persoalan yang bersarang dalam kepala aku ni.Disebabkan dah pukul 2 lebih aku pun pergi café diorg dulu.Reaction aku awal-awal tu kire okeyh la besar sedikit dari kolej aku cuma sunyi tak la ramai sangat.Bila tengok lauk-pauk yang dihidangkan memang kecewa la semua pakat duk habis,then aku nak makan apa kalau lauk pun takdak seb bek ade la ayam secotek,terus ja aku sambar sebab dah tinggai satu.Harga diorang tak la mahal sangat kira lebih kurang harga dekat kolej aku ja.



20 minit pun berlalu~~maka bermulalah detik-detik hitam hari pertama aku di Kolej Ungku Omar ni.Aku pun pergi la jalan nak letak beg dekat bilik member aku.Member aku ni artis so masa jalan je orang tegur.haha.Lepas 3 minit kiteorang pun sampai,artis ni terus amik kunci dia dan terus bukak(hehe saja wat gempak macam filem),maka cahaya mula menyinari apabila pintu mula dibuka.Reaction aku time tu agak gila gak la.Mau taknya bilik berlantaikan tiles ,besar 2 kali ganda daripada bilik aku,katil pun besar siap dekat bawah ada laci lagi nak simpan baran,almari baju yang tinggi(kalau kat kolej aku kemetot ja maybe kena bagi makan Calcium kot baru nak tumbuh.).Yang paling best dekat hujung katil ada wayar untuk internet.




Aku apa lagi terus la test,laju sangat ka download duk sembang kata download movie 5 minit ja.Lepas-lepas test ja mmg terbaik la,aku dowload video Youtube sahaja kelajuan 2mb/second kalau dekat kolej aku hampeh 50kb/second.Apelagi peluang depan mata,habis aku sedut semua benda-benda yang aku nak download.

Masa nak tunggu download,artis pun ajak gi surau,aku pun okeyh je sebab aku pun tak solat zohor lagi.Dia terus  keluar bilik,aku duk ingat dia pergi surau la,aku pun kalut kemas barang terus keluar bilik dan kunci pintu.Tengok-tengok dia pergi tandas ja,abez gelabah la kawan dah kunci semua tertinggal dekat dalam bilik.Nak tunggu roomate dia memang dak la sebab roomate dia pun habis kelas petang ada lagi 3 jam la kalau nak tunggu.Kiteorang pun decide untuk pergi ambil kunci pendua dekat pejabat walaupun terpaksa kena bayar.Tapi malang tidak berbau,pejabat tidak ada kunci pendua.Aku pun apa lagi lepas bincang ngan artis kitaorang decide nak bukak cermin tingkap bilik.Lama gak la nak wat kuar cermin ni,lepas 15 minit dapat tarik 2 cermin,mai cermin ke 3 jem x  leh nak wat tarik.Aku pun tawakal je harap badan aku ni lepas la nak masuk kedalam bilik melalui cermin tingkap.Cuba punya cuba lepas gak aku masuk kedalam.Tanpa cerita panjang aku terus bukak pintu bilik.Tapi nampaknya pengalaman hitam aku tak berakhir disitu,aku cuba nak pasang balik cermin yang ditanggalkan,tetibe je mangga kunci terlepas dari tangan aku,habis pecah cermin,jadi lah seni arkitekture yang hebat..hehe

Kawan apa lagi menjerit arr..tapi nasib baik dia ok,aku hanya mampu minta maaf ja.Jam pun dah tunjukkan hampir pukul 4,so kiteorang cepat selotep cermin tu then buh balik dekat tempat asal sebab tak solat zohor lagi.Aku pun bergegas la gi ambil wuduk time nak turun tangga tu memang sakit ar,selipar yang aku pakai memang dah kong tapak dia,jatuh berderek-derek aku..memang bapak sakit la time tu..the end~





No comments:

Post a Comment