TANDA-TANDA ORANG JATUH CINTA.
Sebenarnya penulisan cinta yang dipaparkan di blog ini
bukanlah menunjukkan yang aku begitu addicted dalam yang sering difahami
sebagai “jiwang”.Apabila umurku mula melonjak 18 tahun banyak warna
kehidupan yang bermain dalam hidup ni.Bukanlah aku yang berubah tetapi mungkin persepsi aku dalam menilai kehidupan mula agak berbeza daripada sebelumnya.
Antara salah satunya ialah 5 susunan huruf ini iaitu
CINTA.Saya mula mengkaji demi untuk menyelasaian kecelaruan yang timbul dalam
pemikiran saya sepeti apa itu cinta,ada apa dengan cinta,apakah ia sekadar
cerita,dimensi cita,arsitek cinta,school of love,propaganda cinta dan
sebagainya.
Kita dapat melihat cinta pada saat ini cinta sudah semakin kehilangan
ruh dan maknanya yang agung.Ia telah jatuh kepada satu martabat atau tingkat
yang membosankan seperti yang dilantunkan oleh para penyanyi.
Apabila aku mula meneliti satu persatu aku melihat bahawa
cinta merupakan salah perbincangan seluas samudera,disana kita akan menemui
penafsiran yang tidak terhinga baik daripada falsafah islam sehingga kepada
falsafah barat.Nama-nama seperti Ibn Qayyim,Ibn Hazm,Ibn Daud,Ali Tantawi,Ibn
Atim,Erich Fromm,Will Durant,Cheyson dan sebagainya.
Baik,In sya allah jika ada kelapangan mungkin kita boleh
berkongsi pendapat-pendapat mereka mengenai cinta.
Hari ini aku ingin berkongsi pembacaan terhadap satu isu
yang terdapat dalam kitab “Tauqul Hamamah” yang dikarang oleh Ibn Hazm.Ibn hazm
adalah seorang ilmuan dan pemikir agung yang lahir di bumi andalus pada sekitar
384 hijrah ataupun pada 944 masihi.Beliau telah tinggalkan sumbangan besar
dalam pelbagai bidang,dalan fiqh,aliran pemikiran,falsafah dan
sebagainya.Dikhabarkan beliau telah meniggalkan khazanah intelektual sebanyak
400 jilid atau menyamai 80 000 helai kertas tulisan(kertas pada zaman dahulu).Antara
kitab beliau yang terkenal adalah Al-Muhalla yang merupakan kitab perbandaing
fiqh mazhab.
Baik kita teruskan kepada pembahasan tanda-tanda orang jatuh
cinta yang saya ambil dari kitab “Tauqul Hamamah”
Cinta memiliki tanda-tanda yang dikenal oleh orang cerdas
dan diketahui oleh orang pandai.
Pertama:Pandangan mata
Mata adalah jendela jiwa,Melalui pandangan mata
rahsia-rahsia jowa boleh diungkap,pesanan-pesanan jiwa serta kedalaman isinya boleh disingkap.Pandangan
orang-orang jatuh cinta tidak akan berpaling dari orang yang
dicintanya,walaupun sekejap.Matanya bergerak seiring gerak orang yang
dicintainya.
Kedua:Dari Percakapan
Orang-orang yang jatuh cinta akan selaly melayani percakapan
orang yang dicintainya.Dia akan dengarkan apa yang dikatakan oleh si tercinta
dengan saksama.Dia akan benarkan apayang dikatakan si tercinta,meskipun yang
dikatakan itu mustahil belaka.Dia akan benarkan segala ucapan si tercinta meski
ucapan itu bohong adanya.Dia akan ikuti ke manapun si tercinta menghayunkan
kakinya dan terima begitu sahaja segala ucapan dan kata-kata si tercinta.
Ketiga:Gerakan tubuh orang-orang yang jatuh cinta.
Lihatlah!Betapa orang-orang yang jaruh cinta segera bergegas
menuju tempat orang yang dicintainya.Di sana ia segera duduk berdekatan dengan
si pujaan jiwa.Dia akan hindari segala kegiatan yang menjauhkannya dengan
kekasih tercinta.Dia akan menjauhi
segala ucapan yang boleh merusak hubungannya dengan si pujaan
jiwa.Kadang-kadang kakinya enggan melangkah disaat perpisahan tiba saatnya.
Keempat:Reaksi wajah dan keraguan orang-orang yang jatuh
cinta.
Adanya keranguan dan sekaligus kegembiraan yang tergambar
dari wajah si pencinta di kala tiba-tiba bertemu dengan si pujaan jiwa,atau
adanya kegugupan manakala berhadapan degnan seseorang yang serupa denga si
pujaan jiwa.
Kelima:Mengejarkan segala perbuatan yang biasa dilakukan si
pujaan jiwa.
Cinta telah mengubah orang yang bakhil lagi kikr menjadi
dermawan luar biasa.Cinta telah mengubah si pendiam menjadi banyak
bicaranya.Cinta telah mengubah si penakut menjadi pemberani luar biasa.Cinta telah
mengubah si buruk perangai menjadi berbudi mulia.Cinta telah mengubah si miskin
menjadi kaya.Cinta telah mengubah si tua berlagak muda.
Kesimpulannya:apabila semua tanda-tanda itu telah bersemayam
dalam jiwa seseorang,maka segenap pembicaraan menjadi rahsia,selain si kekasih
tercinta yang kian nyata,jiwa ingin berpaling rasanya.
Antara tanda-tanda lain yang disebut Ibn Hazm ialah
-Melimpahnya perasaan senang meskipun dalam keadaan sempit.
-Berasa sempit walaupun ditem yang luas.
-Condong pada yang dibawa si pujaan jiwa.
-Banyak bersandar ketika duduk,banyak menggamit dan
mengelus-elus tangan ketika bicara.
-Menyenangi tempat dimana dia biasa bertemu dengan si
kekasih tercinta.
-Orang yang dirundung cinta selalu ingin mendengar nama
pujaan hatinya.
-Tiada kebosanan untuk selalu berjumpa dengannya.
-Apabika nama si pujaan jiwa itu disebut di saat dia sedang
berbicara,nescaya semua perbicaraannya kan terhenti begitu sahaja.
-Fikirannya melayang,dipenuhi bayang-bayang si pujaan jiwa.
-Suk bersendirian.Orang yang sedang jatuh cinta,di saat ia
sendiri dia berasa merdeka.
Saya tutpi perbahasan buah fikiran ini dengan puisi yang
dirakamkan oleh Ibn Hazm.
Cintaku padamu, abadi
sepanjang jaman
Tak lebih tak kurang
oleh alasan
Cintaku tak beralasan
kecuali keinginan mencintai
Cintaku tak bersebab
yang dimengerti manusia
Jika cintamu tak
beralasan selain ia yang kau cintai
Maka ia nyata, tak kan
lenyap selamanya
Jika cintamu
digerakkan oleh suatu alasan
Maka ia akan hilang
bersama hilangnya alasan
(Sesungguhnya ikatan cinta memerlukan perjuangan,pengorbanan
dan ketelusan yang luar biasa,agar cinta sejati bersemi indah dan kukuh.Cinta
yang tak mudah roboh manakala badai datang menerjang.~Ibn hazm.)
No comments:
Post a Comment