Saturday, 24 November 2012

21 Irrefutable Laws of Leadership

Assalamualaikum wrth..Hari ini semasa aku tengah searching kat tenet aku terjumpa satu video ni tajuk dy:

"John C. Maxwell: The 21 Irrefutable Laws of Leadership"

Jadi aku nak share ngan kengkawan 21 law yang dalam speech John C. Maxwell.


1. The Law of the lid.

2. The Law of Influence.

3. The Law of Process.

4. The Law of Navigation.

5. The Law of E.F. Hutton.

6. The Law of Solid Ground.

7. The Law of Respect.

8. The Law of Intuition.

9. The Law of Magnetism.

10. The Law of Connection.

11. The Law of the Inner Circle.

12. The Law of Empowerment.

13. The Law of Reproduction.

14. The Law of Buy-In.

15. The Law of Victory.

16. The Law of Momentum.

17. The Law of Priorities.

18. The Law of Sacrifice.

19. The Law of Timing.

20. The Law of Explosive Growth.

21. The Law of Legacy.







SATU KENANGAN PERSAHABATAN







Hembusan bayu lembut mula bertiup

Desiran ombak mula memukul pantai
Fajar mentari mula melabuhkan tirai

Sayunya hati bila terkenangkan 

Memori Indah bersama
Dengarkanlah gemersik lagu kuciptakan
Tanda ingatan tulus buat kita semua.


Ku biarkan kalam mula berbicara,

Menghurai maksudnya di jiwa,
Ku biarkan tinta menulis,
Meluahkan bicara di hati,


Masih ku ingat ketika keindahan pagi mula menyapai hidup

Disaat mentari terasa  menyegarkan,
Kau mula bicara tentang sebuah kehidupan seorang
Begitu indah dan ghairah kau ceritakan.
Seindah belaian khatulistiwa yang memancar
Gelora kasih yang bersemayam direlung hati

Begitulah keindahan persabatan yang hari ini kita jalin
Antara kita BERENAM wahai insan,
Pohon ini menjadi saksi terjalinnya sebuah pershabatan,
Besyukurku kepada Tuhan atas jalinan ukhuwah,



Alangkah hibanya hati bila bayangmu semua mulai pergi,

Ibarat kerdipan cahaya yang melintasi
Bagaimana mungkin tidak ku bersedih hati
Mentari mula berkabung dalam selimut gelap
Sedang tak satupun angin bersenandung
Ratap perih menggema dalam kotak sunyi berduri
Ingin pergi,Ingin lalui


Mungkin sudah suratan perpisahan pasti terjadi

Semua bukanlah sekedar kenangan
Semua bukanlah sekedar renungan
Saat kita dalam kebersamaan
Dalam suka maupun pengorbanan

Namun, kita telah kutahu

Kita tak selamanya bersatu
Menempuh jalan hidup yang bertabur debu
Bertabur dedaunan yang tak pernah tersapu





Bisik jiwa telah terputus dalam satu hembusan nafas 

Janji suci tlah ku ingkari  untuk bersama 
Dalam tawa dan duka
Walaupun secercah tawa yang dulu selalu menghiasi kita
Kini telah pudar dan menjadi angan-angan mimpi

Sahabatku engkau adalah kumpulan mata air dari telaga suci 

yang jernih mengalir tiada henti 
hingga mampu menghapuskan rasa dahaga diri 
dalam kesegaran

Hanya satu yang ku pinta khas untuk kamu bertiga,
Jangalah engkau hatimu berpisah

Biarpun masa dan jarak telah memalingkan dirimu semua,
Kerna itu bukanlah kehendak agama

Salinglah berutus khabar,menjaga nurani masing-masing,
Berpesan kepada kebaikan
Mencegah kemungkaran
Sebarkanlah dakwah di bumi ini
Kerana disitulah kita mengutip mutiara kehidupan,

Berdoalah kepada tuhan yang telah menciptakan alam semesta
Agar  dipelihara sebuah persahabatan yang suci ini…

“Dan (Dia lah) yang menyatu-padukan di antara hati mereka (yang beriman itu). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu-padukan di antara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu-padukan di antara (hati) mereka. Sesungguhnya Ia Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.”(Al-Anfal :63)

TANDA-TANDA ORANG JATUH CINTA.


TANDA-TANDA ORANG JATUH CINTA.

Sebenarnya penulisan cinta yang dipaparkan di blog ini bukanlah menunjukkan yang aku begitu addicted dalam yang sering difahami sebagai “jiwang”.Apabila umurku mula melonjak 18 tahun banyak warna kehidupan yang bermain dalam hidup ni.Bukanlah aku yang berubah tetapi mungkin persepsi aku dalam menilai kehidupan mula agak berbeza daripada sebelumnya.

Antara salah satunya ialah 5 susunan huruf ini iaitu CINTA.Saya mula mengkaji demi untuk menyelasaian kecelaruan yang timbul dalam pemikiran saya sepeti apa itu cinta,ada apa dengan cinta,apakah ia sekadar cerita,dimensi cita,arsitek cinta,school of love,propaganda cinta dan sebagainya.

Kita dapat melihat cinta pada saat ini cinta sudah semakin kehilangan ruh dan maknanya yang agung.Ia telah jatuh kepada satu martabat atau tingkat yang membosankan seperti yang dilantunkan oleh para penyanyi.

Apabila aku mula meneliti satu persatu aku melihat bahawa cinta merupakan salah perbincangan seluas samudera,disana kita akan menemui penafsiran yang tidak terhinga baik daripada falsafah islam sehingga kepada falsafah barat.Nama-nama seperti Ibn Qayyim,Ibn Hazm,Ibn Daud,Ali Tantawi,Ibn Atim,Erich Fromm,Will Durant,Cheyson dan sebagainya.

Baik,In sya allah jika ada kelapangan mungkin kita boleh berkongsi pendapat-pendapat mereka mengenai cinta.

Hari ini aku ingin berkongsi pembacaan terhadap satu isu yang terdapat dalam kitab “Tauqul Hamamah” yang dikarang oleh Ibn Hazm.Ibn hazm adalah seorang ilmuan dan pemikir agung yang lahir di bumi andalus pada sekitar 384 hijrah ataupun pada 944 masihi.Beliau telah tinggalkan sumbangan besar dalam pelbagai bidang,dalan fiqh,aliran pemikiran,falsafah dan sebagainya.Dikhabarkan beliau telah meniggalkan khazanah intelektual sebanyak 400 jilid atau menyamai 80 000 helai kertas tulisan(kertas pada zaman dahulu).Antara kitab beliau yang terkenal adalah Al-Muhalla yang merupakan kitab perbandaing fiqh mazhab.

Baik kita teruskan kepada pembahasan tanda-tanda orang jatuh cinta yang saya ambil dari kitab “Tauqul Hamamah”

Cinta memiliki tanda-tanda yang dikenal oleh orang cerdas dan diketahui oleh orang pandai.

Pertama:Pandangan mata
Mata adalah jendela jiwa,Melalui pandangan mata rahsia-rahsia jowa boleh diungkap,pesanan-pesanan jiwa serta  kedalaman isinya boleh disingkap.Pandangan orang-orang jatuh cinta tidak akan berpaling dari orang yang dicintanya,walaupun sekejap.Matanya bergerak seiring gerak orang yang dicintainya.

Kedua:Dari Percakapan
Orang-orang yang jatuh cinta akan selaly melayani percakapan orang yang dicintainya.Dia akan dengarkan apa yang dikatakan oleh si tercinta dengan saksama.Dia akan benarkan apayang dikatakan si tercinta,meskipun yang dikatakan itu mustahil belaka.Dia akan benarkan segala ucapan si tercinta meski ucapan itu bohong adanya.Dia akan ikuti ke manapun si tercinta menghayunkan kakinya dan terima begitu sahaja segala ucapan dan kata-kata si tercinta.

Ketiga:Gerakan tubuh orang-orang yang jatuh cinta.
Lihatlah!Betapa orang-orang yang jaruh cinta segera bergegas menuju tempat orang yang dicintainya.Di sana ia segera duduk berdekatan dengan si pujaan jiwa.Dia akan hindari segala kegiatan yang menjauhkannya dengan kekasih tercinta.Dia  akan menjauhi segala ucapan yang boleh merusak hubungannya dengan si pujaan jiwa.Kadang-kadang kakinya enggan melangkah disaat perpisahan tiba saatnya.

Keempat:Reaksi wajah dan keraguan orang-orang yang jatuh cinta.
Adanya keranguan dan sekaligus kegembiraan yang tergambar dari wajah si pencinta di kala tiba-tiba bertemu dengan si pujaan jiwa,atau adanya kegugupan manakala berhadapan degnan seseorang yang serupa denga si pujaan jiwa.

Kelima:Mengejarkan segala perbuatan yang biasa dilakukan si pujaan jiwa.
Cinta telah mengubah orang yang bakhil lagi kikr menjadi dermawan luar biasa.Cinta telah mengubah si pendiam menjadi banyak bicaranya.Cinta telah mengubah si penakut menjadi pemberani luar biasa.Cinta telah mengubah si buruk perangai menjadi berbudi mulia.Cinta telah mengubah si miskin menjadi kaya.Cinta telah mengubah si tua berlagak muda.
Kesimpulannya:apabila semua tanda-tanda itu telah bersemayam dalam jiwa seseorang,maka segenap pembicaraan menjadi rahsia,selain si kekasih tercinta yang kian nyata,jiwa ingin berpaling rasanya.
Antara tanda-tanda lain yang disebut Ibn Hazm ialah

-Melimpahnya perasaan senang meskipun dalam keadaan sempit.
-Berasa sempit walaupun ditem yang luas.
-Condong pada yang dibawa si pujaan jiwa.
-Banyak bersandar ketika duduk,banyak menggamit dan mengelus-elus tangan ketika bicara.
-Menyenangi tempat dimana dia biasa bertemu dengan si kekasih tercinta.
-Orang yang dirundung cinta selalu ingin mendengar nama pujaan hatinya.
-Tiada kebosanan untuk selalu berjumpa dengannya.
-Apabika nama si pujaan jiwa itu disebut di saat dia sedang berbicara,nescaya semua perbicaraannya kan terhenti begitu sahaja.
-Fikirannya melayang,dipenuhi bayang-bayang si pujaan jiwa.
-Suk bersendirian.Orang yang sedang jatuh cinta,di saat ia sendiri dia berasa merdeka.
Saya tutpi perbahasan buah fikiran ini dengan puisi yang dirakamkan oleh Ibn Hazm.

Cintaku padamu, abadi sepanjang jaman
Tak lebih tak kurang oleh alasan
Cintaku tak beralasan kecuali keinginan mencintai
Cintaku tak bersebab yang dimengerti manusia

Jika cintamu tak beralasan selain ia yang kau cintai
Maka ia nyata, tak kan lenyap selamanya
Jika cintamu digerakkan oleh suatu alasan
Maka ia akan hilang bersama hilangnya alasan

(Sesungguhnya ikatan cinta memerlukan perjuangan,pengorbanan dan ketelusan yang luar biasa,agar cinta sejati bersemi indah dan kukuh.Cinta yang tak mudah roboh manakala badai datang menerjang.~Ibn hazm.)


Wednesday, 14 November 2012

UKM:NOSTALGIA DI KUO



UKM:NOSTALGIA DI KUO

Rasenye dah lama aku agak menyepi dari nak update blog ni kan.Tapi takpa harini aku nak citer kat korang pasal nostalgia aku yang berlaku kat KUO.Maybe yang bukan student UKM tentu tak tahu apa tu KUO an?Okeyh KUO ini ialah salah satu kolej yang terdapat di UKM ataupun nama penuh ia KOLEJ UNGKU OMAR.Actually aku bukanlah penduduk dekat kolej ini,aku tinggal di kolej yang nun berada diatas gunung(cewahh wat gempak,tak da la smpai gunung just atas bukit dan kolej paling hujung di UKM).Aku tak nak cerita lagi pasal kolej aku,aku nak wat surprise sebab kolej aku kena gempak sikit la kalau nak cerita.

Jom sambung pasal KUO ni.3 minggu lepas kira hari pertama la aku menjelajah ke kolej lain.Korang tau kenapa aku pilih KUO?Jawapan dia sebab kolej ni adalah antara kolej yang paling dekat dekat fakulti aku kira-kira 140 meter je untuk ke Fakulti Ekonomi Dan Pengurusan.Habis ja tamat kelas aku hari Isnin pukul 2,aku terus ke KUO sebab nak jugak gi wusha2 apa yang best sangat KUO ni.Selalu duk  dengar orang citer makanan sini murah,internet pun power,bilik besar siap ada almari tinggi dan bla,bla.
Demi untuk menjustifikasikan betul ke apa yang orang lain duk sembang aku pun pi la ronda untuk menjawab setiap persoalan yang bersarang dalam kepala aku ni.Disebabkan dah pukul 2 lebih aku pun pergi café diorg dulu.Reaction aku awal-awal tu kire okeyh la besar sedikit dari kolej aku cuma sunyi tak la ramai sangat.Bila tengok lauk-pauk yang dihidangkan memang kecewa la semua pakat duk habis,then aku nak makan apa kalau lauk pun takdak seb bek ade la ayam secotek,terus ja aku sambar sebab dah tinggai satu.Harga diorang tak la mahal sangat kira lebih kurang harga dekat kolej aku ja.



20 minit pun berlalu~~maka bermulalah detik-detik hitam hari pertama aku di Kolej Ungku Omar ni.Aku pun pergi la jalan nak letak beg dekat bilik member aku.Member aku ni artis so masa jalan je orang tegur.haha.Lepas 3 minit kiteorang pun sampai,artis ni terus amik kunci dia dan terus bukak(hehe saja wat gempak macam filem),maka cahaya mula menyinari apabila pintu mula dibuka.Reaction aku time tu agak gila gak la.Mau taknya bilik berlantaikan tiles ,besar 2 kali ganda daripada bilik aku,katil pun besar siap dekat bawah ada laci lagi nak simpan baran,almari baju yang tinggi(kalau kat kolej aku kemetot ja maybe kena bagi makan Calcium kot baru nak tumbuh.).Yang paling best dekat hujung katil ada wayar untuk internet.




Aku apa lagi terus la test,laju sangat ka download duk sembang kata download movie 5 minit ja.Lepas-lepas test ja mmg terbaik la,aku dowload video Youtube sahaja kelajuan 2mb/second kalau dekat kolej aku hampeh 50kb/second.Apelagi peluang depan mata,habis aku sedut semua benda-benda yang aku nak download.

Masa nak tunggu download,artis pun ajak gi surau,aku pun okeyh je sebab aku pun tak solat zohor lagi.Dia terus  keluar bilik,aku duk ingat dia pergi surau la,aku pun kalut kemas barang terus keluar bilik dan kunci pintu.Tengok-tengok dia pergi tandas ja,abez gelabah la kawan dah kunci semua tertinggal dekat dalam bilik.Nak tunggu roomate dia memang dak la sebab roomate dia pun habis kelas petang ada lagi 3 jam la kalau nak tunggu.Kiteorang pun decide untuk pergi ambil kunci pendua dekat pejabat walaupun terpaksa kena bayar.Tapi malang tidak berbau,pejabat tidak ada kunci pendua.Aku pun apa lagi lepas bincang ngan artis kitaorang decide nak bukak cermin tingkap bilik.Lama gak la nak wat kuar cermin ni,lepas 15 minit dapat tarik 2 cermin,mai cermin ke 3 jem x  leh nak wat tarik.Aku pun tawakal je harap badan aku ni lepas la nak masuk kedalam bilik melalui cermin tingkap.Cuba punya cuba lepas gak aku masuk kedalam.Tanpa cerita panjang aku terus bukak pintu bilik.Tapi nampaknya pengalaman hitam aku tak berakhir disitu,aku cuba nak pasang balik cermin yang ditanggalkan,tetibe je mangga kunci terlepas dari tangan aku,habis pecah cermin,jadi lah seni arkitekture yang hebat..hehe

Kawan apa lagi menjerit arr..tapi nasib baik dia ok,aku hanya mampu minta maaf ja.Jam pun dah tunjukkan hampir pukul 4,so kiteorang cepat selotep cermin tu then buh balik dekat tempat asal sebab tak solat zohor lagi.Aku pun bergegas la gi ambil wuduk time nak turun tangga tu memang sakit ar,selipar yang aku pakai memang dah kong tapak dia,jatuh berderek-derek aku..memang bapak sakit la time tu..the end~





Tuesday, 13 November 2012

SMART GOAL SETTING?


SMART GOAL SETTING?
Hari ini kita boleh berkongsi bagaimana hendak menetapkan sesuatu matlamat dengan kaedah yang benar.Kita dapat melihat ramai orang yang gagal mencapai cita-cita mereka walaupun mereka telah melakarkan cara untuk mengapai.Sebab apa benda ini terjadi?Mungkin disebabkan kaedah merancangnya tidak benar.
Antara salah satu kaedah yang baik yang terbukti berkesan untuk merangka cita-cita ialah “S.M.A.R.T”





Sebagai contoh:
    Saya nak tingkat hasil jualan saya (SALAH)
    Saya nak tingkatkan hasil jualan Perniangaan NurWorld saya sebanyak  RM10 ribu pada bulan 12/12/2012 pada hasil jualan 700 unit dengan melakukan Perkhidmatan printing baju di sekitar Universiti  supaya dapat menambah modal (BETUL)


MENGAPA  yang pertama salah dan yang kedua betul?
Kesilapan pertama adalah tidak spesifik.Jika kita meletakkan matlamat seperti ini kita memang tidak akan mencapainya.


Kedua ia  betul adalah disebabkan.
Spesific=Dinyatakan dengan jelas,menjawab persoalan seperti Why,What,How,Where,When
Measurable-10 Ribu,
 Untuk mengetahui adakah ia measurable atau tidak mesti menjawab persoalan berapa banyak?beberapa kuantiti?Bila akan tercapai?
Achievable=boleh dicapai degan keadaan perniagaan sekarang.Mesti menjawab persoalan bagaimana saya dapat mencapai perkara tersebut?Tulis perkara2 yang harus anda lakukan untuk capai perkara tersebut.Sebagai contoh
Untuk dapat jualan 700 unit
1.Edarkan Katalog di sekitar kolej,
2.Membuat perkhidmatan penghantaran.
3.Membuat tambah nilai. Dan sebgainya.

Relevant=Sesuai dengan kondisi.Sesuatu perkara yang hendak kamu lakukan dan mampu untuk lakukan.
Time Bound=12/12/2012 Mesti lakarkan timeline untuk cita-cita yang anda inginkan?short term-utk hari ini ,dalam masa 6 bulan?long term-untuk 3 tahun?Pangkah pada kalendar anda waktu yang mesti anda realisasikan.


Ayuh cepat ambil kertas dan tulis cita-cita  masing-masing.Percayalah SMART GOAL benar-benar akan mempengaruhi kehidupan anda untuk setiasa dimotivasi!!


Monday, 12 November 2012

10 WAYS LIFE SKIllS


Hari aku nak sharing dengan korang semua buku yang aku baca pada tahun lepas.Tajuk buku dia “The First Book Of LIFE SKIllS”.

Buku ni merupakan antara buku motivasi yang terawal aku baca yang ditulis oleh Larry James.Buku ni memang best.Larry James ajar kita bagaimana kita nak mengubah hidup kita.Ada 10 cara yang dibincangkan untuk membangunkan potensi dalaman secara optimum.

1.Blueprint Your Life!

2.Accept Responsibility!

3.Be Coachable!

4.Show Up!

5.Be Yourself!

6.Pay Attention!

7.Contribute!

8.Ask For What You Want!

9.Say “Thank You”!

10.Stay Connected!