1. Sedekah itu adalah hijab dari neraka.
2. Sedekah termasuk pemberian daripada Allah.
3. Sedekah sebagai ukuran yang membezakan antara mukmin dengan mukmin yang lain.
مَّثَلُ ٱلَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمۡوَٲلَهُمۡ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنۢبَتَتۡ سَبۡعَ سَنَابِلَ فِى كُلِّ سُنۢبُلَةٍ۬ مِّاْئَةُ حَبَّةٍ۬ۗ وَٱللَّهُ يُضَـٰعِفُ لِمَن يَشَآءُۗ وَٱللَّهُ وَٲسِعٌ عَلِيمٌ (٢٦١
Bandingan (derma) orang-orang Yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih Yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa Yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi meliputi ilmu pengetahuanNya.(al-baqarah 261)
4. Orang yang berat sedekah adalah orang yang munafiq.
5. Sedekah sebagai timbangan orang mukmin dan orang munafiq
6. Orang munafiq berat dalam member sedekah kerana mereka mengira mengikut matematik dunia .(jika dalam dompet ada rm10 sedekah rm2 maka akan kurang menjadi rm8 tetapi jika mengikut matematik akhirat allah akan tambah lebih berganda-ganda jika ia diiringi dengan ikhlas.)
7. Orang yang sedekah murah rezeki.
8. Sedekah dapat menghapuskan dosa kecil.
9. Sedekah akan memayungi orang yang bersedekah di hari kiamat.
10. Pahala sedekah ibarat gunung uhud.
11. Senyuman juga adalah sedekah.
No comments:
Post a Comment