Sunday 30 September 2012

TEMA:UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA





Universiti Kebangsaan Malaysia ataupun nama yang sering dikenali dengan nama singkatnya iaitu UKM.UKM merupakan salah satu universiti yang tertua di Malaysia iaitu ditubuhkan pada sekitar  tahun 1970.Antara keunikan UKM ialah bahasa pengantar yang digunakan adalah Bahasa Melayu disamping tidak menjejaskan pengunaan bahasa Inggeris.Justeru para pelajar dikhendaki menjawab pepriksaan dengan menggunakan bahasa melayu.Hal kita dapat melihat bahawa UKM adalah satu-satunya universiti yang memartabatkan bahasa melayu di persada dunia.Secara tidak langsung budaya melayu dapat diperkenalkan kepada masyarakat asing.
Dalam pembangunan bandar,UKM mempunyai dua buat pusat tempat pengajian.Pusat Induk UKM terletak di daerah Bangi,Selangor. Kampus induk UKM yang mempunyai keluasan 1,096.29 hektar.Pusat ini telah menempatkan hampir 75% fakulti pengajian yang sebagaimana kita dapat lihat di perenggan dibawah.Pusat UKM yang kedua hanya menempatkan khususnya  fakulti perubatan,Pusat ini  terletak di bandar Cheras,Kuala Lumpur yang mempunyai keluasan 22.3 hektar .


(Pelan Kampus Bangi)
Jika dilihat  hampir keseluuhan fakulti kecuali fakulti perubatan ditempatkan di pusat induk iaitu yang terletak di Bangi.Antara fakulti yang terdapat di Bangi ialah:

2.       Fakulti Farmasi
4.       Fakulti Pendidikan
5.       Fakulti Pengajian Islam
6.       Fakulti Pergigian
7.       Fakulti Perubatan
9.       Fakulti Sains Kesihatan

Di samping itu di Bangi juga menempatkan banyak institut penyelidikan seperti:
4.       Institut Sel Fuel

Kita dapat melihat sistem pendidikan yang disediakan begitu lengkap dan dapat dimanfaatkan oleh para mahasiswa.Hal ini telah mengangkat nama UKM sebagai universiti yang mempunyai kedudukan  no 2 terbaik dalam Malaysia dan  no.31 terbaik dalam dunia!!.[1]
Selain itu UKM telah menempah pelbagai kejayaan yang patut dibanggakan.Seperti kejayaan seorang penyarah UKM yang mencipta pengecas telefon bimbit menggunakan tenaga suria yang diberi nama Greenfinity TM.[2]Di samping itu UKM juga mencapai kejayaan baru dalam perubatan tumbuhsemula melalui satu kaedah pemuliharaan kulit menggunakan tisu dari pesakit sendiri. Usaha tumbuhsemula kulit ini boleh memberi faedah kepada mangsa kebakaran, pesakit kencing manis dan mereka yang menderita pemusnahan kulit yang teruk.[3]]UKM adalah universiti terbaik yang telah menempa kejayaan begitu banyak yang tidak saya senaraikan.Hampir setiap juzuk pendidikan,sukan dan sebagainya UKM telah meninggalkan namanya sehingga sejarah Malaysia telah mencatatnya dengan tinta emas,wangiannya telah dapat dihidu oleh semua penduduk dunia.


UKM juga menyediakan pelbagai kemudahan kepada para mahasiswa.Antaranya penempatan tempat tinggal bagi mahasiswa,perkhidmatan bas di sekitar kampus Bangi,Kolam Renang,gelanggang futsal,gelanggang badminton,pusat kesihatan,masjid dan sebagainya.UKM mempunyai  11 kolej yang dapat memuatkan ribuan pelajar,oleh sebab itu para pelajar tidak perlu risau jika tidak memiliki tempat penginapan.Para pelajar hanya perlu untuk giat melakukan cergas dalam melakukan aktiviti yang disediakan oleh pihak kolej.Antara 11 kolej yang terdapat di UKM adalah:

 

  Kolej Ibrahim Yaakub
  Kolej Dato' Onn
  Kolej Aminuddin Baki
  Kolej Ungku Omar
  Kolej Burhanuddin Helmi
  Kolej Rahim Kajai
  Kolej Ibu Zain
  Kolej Idris Al Marbawi
  Kolej Tun Syed Nasir
  Kolej Tun Dr. Ismail
  Kolej Keris Mas
  Kolej Tun Hussein Onn
  Kolej Pendeta Za'ba









Sebelum saya meneruskan penulisan saya dengan lebih lanjut saya ingin berkongsi buah fikiran iaitu Insan akan menjadi seorang yang luar biasa dan rajin apabila dia mencintai apa yang ia lakukan.Hal ini kita dapat melihat beberapa buah universiti yang mengamalkan sistem pendidikan tanpa protokol pada abad-abad dan kurun-kurun yang lepas telah menghasilkan tokoh-tokoh yang hebat dalam agama dan sains muncul seperti cendawan selepas hujan”.Tetapi jika dilihat pada hari ini hampir majoriti manusia mereka melakukan bukan atas dasar keinginan dan kemahuan mereka sendiri.Rata-rata daripada mereka memaksakan diri untuk mengakui bahawa mereka meminati akitviti,kursus dan kokurikulum tertentu yang diambilnya di universiti.Walhal perkara yang mereka lakukan bercanggah dengan hati nurani di dalam jiwa mereka.Justeru itu ramai yang merasa gembira dan bersuka ria apabila musim cuti tiba seolah-olah mereka lepas daripada suatu azab.

Tetapi apa yang saya ingin nyatakan UKM merupakan salah satu universit dimana pelajarlah yang menentukan apa yang ingin mereka lakukan.Mereka memiliki kebebasan mutlak untuk menentukan kelab,kokurikulum,aktiviti dan sebagainya yang ingin mereka ceburi atas dasar kemahuan mereka sendiri.Inilah menyebabkan mengapa anda semua harus memilih UKM sebagai tempat pengajian anda.

.



No comments:

Post a Comment