Wednesday, 3 October 2012

APABILA KAKIKU MULA MELANGKAH KE UKM




Hi..Harini aku terpikir nak menulis detik-detik aku mula masuk ke alam universiti.Sebelum itu meh aku nak kongsi perasaan yang aku alami masa keluar result upu.Perghh masa tu korang jangan cakap la memang sadis sangat kot.Awal pagi keluar result tu,aku masih boleh dikatakan relax gak sebab tak check lagi dan aku memang expect la yang aku akan dapat universiti yang aku nak .Jam tepat pukul 12.00 pm hari jumaat jika tak salah aku tahun 2011,aku pun mula la bukak komputer,dengan muka yang slambernya aku pun check la kat mohe..teng!! Perkataan pertama yang aku lihat Tahniah!! Fuhh alhamdulillah,lepas baca ayat seterusnya,habis luruh jantung aku(ayat metafora la katakan) dapat universiti yang aku kurang berminat.Memang agak down la masa tu ..Actually tu bukan sebab utama aku memang dah ada problem lain waktu tu.

Lepas pikir-pikir aku still bersyukur jika nak bandingkan dengan orang lain yang tak dapat universiti.Tanggal 21.5.2011 aku pun pergi la check in dekat U yang aku dapat .Dipendekkan cerita aku pun duduk la dekat sana hampir sebulan,selepas itu aku melanjutkan pelajar di matrikulasi.Selepas tamat matrikulasi ,aku dapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran dekat UKM.

Panjang benor lak intro aku..

Okeyh sekarang aku nak citer pengalaman first aku masuk UKM.Tapi kali ini aku lain sedikit sebab aku tak nak repeat kesilapan yang aku buat dulu,kira mental dan fizikal dah fully prepare.Kali ini aku seorang sahaja wakil lelaki dekat matrikulasi untuk kuliah aku .Kawan-kawan aku semua dapat Universiti yang diorang minat.

31/8/2012 aku pun bertolak dari kampung halaman aku,selepas perjalanan 6 jam selamat gak tiba di Bangi selangor.Keesokan hari terus aku pergi melawat UKM.Masa tu memang tergamam gak la sebab besar an.Habis minyak pusing-pusing UKM,tempat dia memang cantik tambah-tambah aku ni jenis minat alam sekitar,memang lawa la flora dan fauna yang terdapat kat sana,dengan bangunan-bangunan yang klasik.Infrastruktur yang lengkap,ada kolam renang,gelanggang futsal dan macam-macam lagi(nanti aku ce citer pasal infrastruktur UKM)..






 Selain orang-orang dekat UKM rata-rata semua baik-baik.Suasana dan budaya  masih dalam keadan yang  terkawal.Sistem pengankutan semua disediakan secara sistematik.Disebabkan ini permulaan tentang gambaran di UKM jadi aku tak berhasrat nak cerita secara panjang lebar.Just nak kongsi persepsi pertama semasa melihat UKM

No comments:

Post a Comment