Sunday, 14 October 2012

MERENUNGI KEINDAHAN ALAM




Kehidupan manusia itu sendiri memmang tidaklah dapat beripisah ataupun diceraikan dengan alam. Terigat aku tentang kata-kata prof.hamka rhm bahawa jiwa kita manusia ini mempunyai tiga sudut yang penting di dalam menghubungkan diri kita dengan alam
1)Perasaan
2)Fikiran
3)Kemahuan
Marilah kita memandang alam dengan pandangan seni dan keindahan estetika.

Wahai jiwa ,
pandanglah kebebasan laut dan kebesaran bukit dan gunung,
Keindahan matahari seketika terbit yang menyinari alam,
Lihatlah mega-mega cahayanya ketika terbenam,
Dalam keindahan bentu k dan keindahan warna.

Wahai jiwa,
Rasailah angin-angin sepoi yang melambai insan dan pephonan di hutan
Sehingga menimbulkan bunyi irama di antara suatu batang dengan batang yg lain,
Lihatlah alam yang kelihatan hening ,tetapi ia sentiasa bekerja,
Tiap dipandang tiap tampak suatu keganjilan..

Wahai jiwa,
Engkau lihatlah embun pagi yg menyentak naik,
Semangat baru meliputi alam di sekitarmu,
Engkau seakan-akan puas,meskipun tidak minum,
Engkau seakan-akan kenyang meskipun tidak makan,

Wahai jiwa,
Perhatikanlah hempasan ombak ke tepi pantai yang diringkan oleh angin lautan yang nyaman
Seakan-akan memandikan jiwa kita yg bergelar insane,
Bilamana hari telah malam ,ankatlah pandangan mata ke langit,
Melihat bintang-bintang yang begitu indah dan cantik berserakan di langit,
Berkelip-kelip seakan-akan orang tersenyum dan yang disenyumi ialah kita :D,

Wahai jiwa,
Kita aku mula mengerti tentang sebuah kehidupan dan alam ini,
Kini aku dah mulai jatuh cinta kepada alam ini,
Dalam terharu yang bersangatan,lantaran terpesona oleh keindahan alam,
Tiada kata,tiada bicara yang paling kecuali terlompat di bibir ini yang betul-betul keluar dalam hati ini
“ ALLAH”








Wednesday, 3 October 2012

MARTABAT SEBUAH CINTA




Cinta pada mula-mulanya adalah suatu permainan,lama-lama ia menjadi kesungguhan.Cinta sesuatu yang indah dan agung.Para-para ahli seni cuba melukiskan hakikat cinta di atas kanvas-kanvas dan aksara mereka.Begitu juga tidak lepas para sasterwan cuba melakarkan hakikat cinta dengan bait-bait syair mereka.Tetapi tiada sesiapa yang dapat mendefinisikan apa itu cinta?Sungguh tiada kata-kata yang mampu melukiskan keindahan dan keagungannya.Hakikat cinta tidak dapat ditemukan,selain dengan segenap kesungguhan pengamatan dan penjiwaan.Cinta tidak dimusuhi agama dan tidak dilarang syariat-Nya.Pembawaan cintalah yang menentukan sama ada ia dibenarkan ataupun tidak.Cinta itu adalah urusan hati,manakala hati adalah urusan ilahi.

Cinta adalah sebuah kata yang sentiasa diperjuangkan oleh para nabi dan rasul agar tertanam subur dalam jiwa setiap insan.Bila sudah bersentuhan dengannya,perasaan orang-orang beriman pun boleh bergetar.Lisan-lisan ahli-ahli ibadah pun tidak akan bosan untuk selalu menyebutnya.Ahli falsafah menghiasi pesanan mereka dengan cinta.Sehingga wangian-wangian cinta telah mengharumkan keseluruhan tamadun dan abad.Kisah-Kisah cinta telah menghiasi setiap zaman.Siapakah tidak kenal dengan kisah-kisah seperti Laila Majnun,Romeo dan Juliet dan sebagainya.Tetapi zaman telah melupakan sebuah kisah cinta yang paling indah.Cinta apakah yang telah dipersembahkan sehingga ia dicatat dengan tinta emas pada 1400 tahun dahulu?(i.allah kita akan bahaskan pada  suatu hari nanti).

Putaran zaman semakin hari telah mengelapkan kesucian CINTA yang dipelihara.Kata “Cinta”pada saat ini telah kehilangan maknanya yang agung.Kata-kata Cinta telah terbenam ke tahap yang membosankan.Ia menjadi kata-kata yang hanya dilantunkan oleh para penyanyi.Sehingga hakikat cinta telah berubah dan dimanupulasi.Zaman  memahami cinta hanya sebatas berlainan jantina.Cinta yang ditampilkan dilayar kaca dengan gambar-gambar murahan dan lakonan cinta yang sangat menjengkelkan telah menjadikan CINTA terjembab dibawa satu sandiwara.Cinta yang difahami hanya sebatas fizikal,disebabkan kepalsuan dan kebohongan yang dimanupulasi oleh media.Sungguh ia menjadi cinta yang sangat kerdil,tidak sedikit pun melihat lebih dalam pada karakter jiwa orang yang dicintai?

Para penyanyi hiburan,mereka telah menodai pengertian cinta dan ensensi yang terkandung di dalamnya.Dewasa ini lagu-lagu cinta yang diputarkan hanya menjadi suatu hiasan selebihnya mengumbarkan unsur-unsur yang menyalahi hakikat cinta itu sendir.Sehingga tidak kisahlah mengapa para remaja sekarang hanya memahami cinta itu hanya sebatas biologis sahaja.Mencurahkan cinta hanya demi mendapatkan kepentingan tertentu.Mereka hanya memahami cinta itu sebatas lantaran keindahan fizikal semata-mata.

Sesungguhnya cinta merupakan sesuatu yang bersemayam dalam jiwa yang dalam.

Jika kita mencintai kerana sesuatu sebab nescaya cinta jenis ini tidaklah akan abadi.Cinta jenis ini akan melayang bersama melayangnya  sebab itu.

Kesimpulannya,tanpa adanya kesadaran dan pemahaman akan nilai cinta,maka tiada ada beza antara manusia dan makhluk hidup yang lain.Bagi seseorang yang memahami cinta,cinta bukanlah gejolak perasaan yang bermain.Kerana ia hanya suatu kepalsuan!!Perlu bagi kita untuk memberikan bingkai pemahaman cinta dalam perspektif peradaban.





APABILA KAKIKU MULA MELANGKAH KE UKM




Hi..Harini aku terpikir nak menulis detik-detik aku mula masuk ke alam universiti.Sebelum itu meh aku nak kongsi perasaan yang aku alami masa keluar result upu.Perghh masa tu korang jangan cakap la memang sadis sangat kot.Awal pagi keluar result tu,aku masih boleh dikatakan relax gak sebab tak check lagi dan aku memang expect la yang aku akan dapat universiti yang aku nak .Jam tepat pukul 12.00 pm hari jumaat jika tak salah aku tahun 2011,aku pun mula la bukak komputer,dengan muka yang slambernya aku pun check la kat mohe..teng!! Perkataan pertama yang aku lihat Tahniah!! Fuhh alhamdulillah,lepas baca ayat seterusnya,habis luruh jantung aku(ayat metafora la katakan) dapat universiti yang aku kurang berminat.Memang agak down la masa tu ..Actually tu bukan sebab utama aku memang dah ada problem lain waktu tu.

Lepas pikir-pikir aku still bersyukur jika nak bandingkan dengan orang lain yang tak dapat universiti.Tanggal 21.5.2011 aku pun pergi la check in dekat U yang aku dapat .Dipendekkan cerita aku pun duduk la dekat sana hampir sebulan,selepas itu aku melanjutkan pelajar di matrikulasi.Selepas tamat matrikulasi ,aku dapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran dekat UKM.

Panjang benor lak intro aku..

Okeyh sekarang aku nak citer pengalaman first aku masuk UKM.Tapi kali ini aku lain sedikit sebab aku tak nak repeat kesilapan yang aku buat dulu,kira mental dan fizikal dah fully prepare.Kali ini aku seorang sahaja wakil lelaki dekat matrikulasi untuk kuliah aku .Kawan-kawan aku semua dapat Universiti yang diorang minat.

31/8/2012 aku pun bertolak dari kampung halaman aku,selepas perjalanan 6 jam selamat gak tiba di Bangi selangor.Keesokan hari terus aku pergi melawat UKM.Masa tu memang tergamam gak la sebab besar an.Habis minyak pusing-pusing UKM,tempat dia memang cantik tambah-tambah aku ni jenis minat alam sekitar,memang lawa la flora dan fauna yang terdapat kat sana,dengan bangunan-bangunan yang klasik.Infrastruktur yang lengkap,ada kolam renang,gelanggang futsal dan macam-macam lagi(nanti aku ce citer pasal infrastruktur UKM)..






 Selain orang-orang dekat UKM rata-rata semua baik-baik.Suasana dan budaya  masih dalam keadan yang  terkawal.Sistem pengankutan semua disediakan secara sistematik.Disebabkan ini permulaan tentang gambaran di UKM jadi aku tak berhasrat nak cerita secara panjang lebar.Just nak kongsi persepsi pertama semasa melihat UKM

Tuesday, 2 October 2012

DETIK-DETIK KELAM DI MATRIKULASI


Puisi Yang Direka Saat Pemergian Seorang Sahabat

Telah terbitnya fajar mengikut peraduan,
Membawa sinar menyinari bumi,
Kesedihan mulai menyapa diri ini,
Pemergian seorang insan bernama teman,

Tanggal 12 Rabiuawal menjadi detik perpisahan,
Antara kau dan kami,
Telah perginya kau pada hari yang mulia,
Bertetapan dengan perginya seorang kasih tercinta
Rasulullah SAW penyeri segala kehidupan

Begitulah sunnah dunia,
Pertemuan dan perpisahan,
Adalah pasangan dalam kehidupan,
Seperti mana siang dan juga malam

Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami,
Kerana takdir yang Maha Esa telah menetapkan,
Sedih rasanya hati ini bila mngenangkan,
Kau sahabatku kau teman sejati

Sahabatku,
Masih lagi ku ingat lagu dendanganmu,
Alaunan melodi “Masih kah kau ingat” masih berdesing di telingaku,
Telah pelabagai coretan kehidupan  kita lakarkan bersama,
 Sama-sama menyusuri ombak kecil dikala pasang,
Berpanas ceria dikala terik,


Bertindih susah bersama-sama,
Bermandi keringat tanpa jeda,
Menghempas tangis bersama,
Walaupun ku mengenal dikau tak cukup lama,
Namun begitu banyak kenangan membuatku mengerti akan sandiwara dunia,
Tinggal ku lukis dengan pesan tinta damai,
Diatas Selembar kertas sebuah kehidupan…

Saat niat sudah dilafalkan,
Saat langkah sudah diderapkan

Tak badai mampu menghempaskan,
Tak hujan mampu menyurutkan,
Tak halilintar mampu meluluhlantakkan,
Tak jua samudra mampu memadamkan,

Moga amanlah dan bahagia dikau di sana
Setangkai doa juga Fatehah terus kukirimkan
Moga di sana kau bersama para solehin
Selamanya sampai ujung waktu
Kau tetap sahabat kami…….

HIDUP INI ADALAH PILIHAN


“Hidup adalah pilihan,
maka segala sesuatu yang telah terjadi,
yang sedang terjadi,dan akan terjadi,
adalah hasil daripada pilihan kita,
Hidup  ini hanya sebentar,hanya sekali
Hidup seperti apa yang akan kita pilih?”
(Felix.Siauw)

Justeru kita dapat melihat bahawa hidup ini adalah sesuatu yang sangat singkat.Roda waktu tidak akan pernah berhenti untuk menunggu manusia.Oleh sebab itu,kita akan hidup berdasarkan pilihan-pilihan yang kita buat,kita akan dinilai berdasarkan pilihan yang kita buat,kita akan dihargai berdasarkan pilihan-pilihan yang kita buat,kita  akan menjadi seperti apa yang kita pilih dalam setiap segmen dari kehidupan kita.

Pepatah Inggeris ada mengatakan:
“Today is yesterday,tommorow is today.

Kedudukan kita dalam pekerjaan,pelajar dan sebagainya adalah hasil dari pilihan-pilihan hidup kita pada masa lalu.Semua soft skill yang kita peroleh adalah hasil daripada pilihan kita.Ketika kita melihat seorang jutawan  yang dapat buat duit berjuta-juta adalah mencerminkan usahanya yang keras dalam membangunkan perniagaannya.Begitu juga,ketika kita melihat seorang pelajar yang cemerlang,itu adalah disebabkan pembelajaran yang dilakukan sebaik mungkin.

Kebanyakkan daripada kita(manusia) hanya memandang pada hasil akhir,tanpa memikirkan jerih payah,air mata yang mengalir,kepenatan,goncangan jiwa yang berlaku dalam menjalankan proses pilihan-pilihan yang diharungi dalam mencapai matlamat mereka.

Sekali lagi,hidup ini adalah pilihan!!

Kita dapat menilai seperti apa pilihan-pilihan yang dibuat pada masa lalu sesorang dengan hanya melihat keadaannya pada waktu sekarang.Jika kita melihat sesorang yang pembunuh yang membunuh manusia tanpa haq,adalah disebabkan pilihan yang dibuatnya pada masa lalu.Sebab itu dapat kita membuat kesimpulan bahawa sesorang itu tidak akan pernah berjaya jika dia tidak mahu mengganti  pilihan hidup yang ia lakukan sekarang kearah yang bermanfaat.

Kesimpulannya,jika seseorang itu inginkan menjadi seorang yang berjaya,mendapatkan apa yang dia inginkan maka tindakan yang harus seseorang itu lakukan ialah dengan cara  mengubah  setiap pilihan dalam hidupnya sesuai dengan melakukan tindakan  contoh teladan yang dia impikan.Jika seseorang itu mengimpikan untuk menjadi seorang yang berjaya maka ia harus bertindak seperti  seorang yang berjaya.

Ternyata nampaknya ia begitu mudah bukan?Apakah ia sesuatu yang mudah?Jalan apakah yang harus  kita telusuri?i,allah kita akan bahas pada waktu yang lain.

Jadikan tiap-tiap minitnya bagai ribuan tahun
 tiap-tiap saatnya bagai ratusan bulan
tanamlah kebaikan sebanyak-banyaknya pada hari ini
persembahkanlah sesuatu yang paling indah untuknya.




KELEBIHAN BERSEDEKAH




1.       Sedekah itu adalah hijab dari neraka.
2.       Sedekah termasuk pemberian daripada Allah.
3.       Sedekah sebagai ukuran yang  membezakan antara mukmin dengan mukmin yang lain.

مَّثَلُ ٱلَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمۡوَٲلَهُمۡ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنۢبَتَتۡ سَبۡعَ سَنَابِلَ فِى كُلِّ سُنۢبُلَةٍ۬ مِّاْئَةُ حَبَّةٍ۬‌ۗ وَٱللَّهُ يُضَـٰعِفُ لِمَن يَشَآءُ‌ۗ وَٱللَّهُ وَٲسِعٌ عَلِيمٌ (٢٦١


Bandingan (derma) orang-orang Yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih Yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa Yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi meliputi ilmu pengetahuanNya.(al-baqarah 261)

4.       Orang yang berat sedekah adalah orang yang munafiq.
5.       Sedekah sebagai timbangan orang mukmin dan orang munafiq
6.       Orang munafiq berat dalam member sedekah kerana mereka mengira mengikut matematik dunia .(jika dalam dompet ada rm10 sedekah rm2 maka akan kurang menjadi rm8 tetapi jika mengikut matematik akhirat allah akan tambah lebih berganda-ganda jika ia diiringi dengan ikhlas.)
7.       Orang yang sedekah murah rezeki.
8.       Sedekah dapat menghapuskan dosa kecil.
9.       Sedekah akan memayungi orang yang bersedekah di hari kiamat.
10.   Pahala sedekah ibarat gunung uhud.
11.   Senyuman juga adalah sedekah.