Universiti Kebangsaan Malaysia
ataupun nama yang sering dikenali dengan nama singkatnya iaitu UKM.UKM
merupakan salah satu universiti yang tertua di Malaysia iaitu ditubuhkan pada
sekitar tahun 1970.Antara keunikan UKM
ialah bahasa pengantar yang digunakan adalah Bahasa Melayu disamping tidak
menjejaskan pengunaan bahasa Inggeris.Justeru para pelajar dikhendaki menjawab
pepriksaan dengan menggunakan bahasa melayu.Hal kita dapat melihat bahawa UKM
adalah satu-satunya universiti yang memartabatkan bahasa melayu di persada
dunia.Secara tidak langsung budaya melayu dapat diperkenalkan kepada masyarakat
asing.
Dalam pembangunan bandar,UKM
mempunyai dua buat pusat tempat pengajian.Pusat Induk UKM terletak di daerah
Bangi,Selangor. Kampus
induk UKM yang mempunyai keluasan 1,096.29 hektar.Pusat
ini telah menempatkan hampir 75% fakulti pengajian yang sebagaimana kita dapat
lihat di perenggan dibawah.Pusat UKM yang kedua hanya menempatkan khususnya fakulti perubatan,Pusat ini terletak di bandar Cheras,Kuala Lumpur yang
mempunyai keluasan 22.3 hektar .
(Pelan Kampus
Bangi)
Jika dilihat hampir keseluuhan fakulti kecuali fakulti
perubatan ditempatkan di pusat induk iaitu yang terletak di Bangi.Antara
fakulti yang terdapat di Bangi ialah:
Di samping itu
di Bangi juga menempatkan banyak institut penyelidikan seperti:
Kita dapat melihat sistem pendidikan
yang disediakan begitu lengkap dan dapat dimanfaatkan oleh para mahasiswa.Hal
ini telah mengangkat nama UKM sebagai universiti yang mempunyai kedudukan no 2 terbaik dalam Malaysia dan no.31 terbaik dalam dunia!!.[1]
Selain itu UKM telah menempah pelbagai
kejayaan yang patut dibanggakan.Seperti kejayaan seorang penyarah UKM yang
mencipta pengecas telefon bimbit menggunakan tenaga suria yang diberi nama Greenfinity TM.[2]Di samping itu UKM juga mencapai kejayaan baru dalam perubatan tumbuhsemula melalui satu kaedah pemuliharaan kulit menggunakan tisu dari pesakit sendiri. Usaha tumbuhsemula kulit ini boleh memberi faedah kepada mangsa kebakaran, pesakit kencing manis dan mereka yang menderita pemusnahan kulit yang teruk.[3]]UKM
adalah universiti terbaik yang telah menempa kejayaan begitu banyak yang tidak
saya senaraikan.Hampir setiap juzuk pendidikan,sukan dan sebagainya UKM telah
meninggalkan namanya sehingga sejarah Malaysia telah mencatatnya dengan tinta
emas,wangiannya telah dapat dihidu oleh semua penduduk dunia.
UKM juga menyediakan pelbagai kemudahan kepada para mahasiswa.Antaranya penempatan tempat tinggal bagi mahasiswa,perkhidmatan bas di sekitar kampus Bangi,Kolam Renang,gelanggang futsal,gelanggang badminton,pusat kesihatan,masjid dan sebagainya.UKM mempunyai 11 kolej yang dapat memuatkan ribuan pelajar,oleh sebab itu para pelajar tidak perlu risau jika tidak memiliki tempat penginapan.Para pelajar hanya perlu untuk giat melakukan cergas dalam melakukan aktiviti yang disediakan oleh pihak kolej.Antara 11 kolej yang terdapat di UKM adalah:
Kolej Ibrahim Yaakub
Kolej Dato' Onn
Kolej Aminuddin Baki
Kolej Ungku Omar
Kolej Burhanuddin Helmi
Kolej Rahim Kajai
Kolej Ibu Zain
Kolej Idris Al Marbawi
Kolej Tun Syed Nasir
Kolej Tun Dr. Ismail
Kolej Keris Mas
Kolej Tun Hussein Onn
Kolej Pendeta Za'ba
Sebelum saya meneruskan penulisan saya
dengan lebih lanjut saya ingin berkongsi buah fikiran iaitu Insan akan menjadi
seorang yang luar biasa dan rajin apabila dia mencintai apa yang ia lakukan.Hal
ini kita dapat melihat beberapa buah universiti yang mengamalkan sistem pendidikan tanpa protokol pada abad-abad dan kurun-kurun yang lepas telah menghasilkan tokoh-tokoh yang hebat dalam agama dan sains muncul seperti cendawan selepas hujan”.Tetapi jika dilihat pada hari ini hampir majoriti manusia mereka melakukan bukan atas dasar keinginan dan kemahuan mereka sendiri.Rata-rata daripada mereka memaksakan diri untuk mengakui bahawa mereka meminati akitviti,kursus dan kokurikulum tertentu yang diambilnya di universiti.Walhal perkara yang mereka lakukan bercanggah dengan hati nurani di dalam jiwa mereka.Justeru itu ramai yang merasa gembira dan bersuka ria apabila musim cuti tiba seolah-olah mereka lepas daripada suatu azab.
Tetapi apa yang saya ingin nyatakan UKM merupakan salah satu universit dimana pelajarlah yang menentukan apa yang ingin mereka lakukan.Mereka memiliki kebebasan mutlak untuk menentukan kelab,kokurikulum,aktiviti dan sebagainya yang ingin mereka ceburi atas dasar kemahuan mereka sendiri.Inilah menyebabkan mengapa anda semua harus memilih UKM sebagai tempat pengajian anda.
Tetapi apa yang saya ingin nyatakan UKM merupakan salah satu universit dimana pelajarlah yang menentukan apa yang ingin mereka lakukan.Mereka memiliki kebebasan mutlak untuk menentukan kelab,kokurikulum,aktiviti dan sebagainya yang ingin mereka ceburi atas dasar kemahuan mereka sendiri.Inilah menyebabkan mengapa anda semua harus memilih UKM sebagai tempat pengajian anda.
.